in

Semua Kilang Arak Diarahkan Tutup Sepanjang ‘Total Lockdown’ – MKN

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan semua kilang arak di seluruh negara ditutup serta merta sepanjang fasa pertama total lockdown.



Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan, kilang makanan dan minuman telah diberikan kebenaran untuk beroperasi namun hanya yang termasuk dalam barang keperluan asas, lapor Berita Harian.

Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan itu, MKN hari ini bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta.”

20210223 Ismail Sabri Yaakob Bernama

Berikut adalah senarai sektor ekonomi dan perkhidmatan yang boleh beroperasi semasa total lockdown adalah termasuk:

  • Makanan dan minuman, termasuk untuk haiwan
  • Klinik haiwan dan veterinar
  • Air
  • Tenaga
  • Keselamatan dan pertahanan
  • Pengurusan sampah dan pembersihan awam
  • Pengangkutan darat, udara dan air
  • Pelabuhan, lapangan terbang dan pengangkutan berkaitan kargo dan komoditi
  • Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan perkhidmatan internet
  • Bank, insuran, takaful dan pasaran modal
  • Kredit komuniti seperti pajak gadai
  • E-dagang
  • Bahan api dan pelincir
  • Hotel hanya untuk kuarantin
  • Kerja-kerja pembinaan dan infrastruktur kritikal
  • Perhutanan

 

Baca: Kanak-kanak 12 Tahun Ke Bawah DILARANG Keluar Rumah Semasa ‘Total Lockdown’ Kecuali Atas 4 Sebab Ini…

Collage

Sumber: The Vibes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.