in

Arab Saudi ‘Tutup Mata’ Ronaldo & Georgina Tinggal Serumah Meskipun Langgar Peraturan

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, Cristiano Ronaldo telah menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan perjanjian dua tahun setengah bernilai 173 juta pound (RM906 juta) semusim. Kontrak ini ditandatangani Ronaldo selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan atas persetujuan bersama.

Bagaimanapun, Ronaldo dan Georgina telah melanggar peraturan Arab Saudi yang tidak membenarkan pasangan tinggal bersekedudukan tanpa akad nikah. Untuk rekod, Ronaldo dan pasangan masih belum berkahwin dan mempunyai lima orang anak termasuk dua anak hasil hubungan dengan Georgina.


Cristiano Ronaldo Accompanied Partner Georgina 786315947

Terdapat laporan yang mengatakan Ronaldo akan mendapat kelulusan untuk tinggal bersama pasangan kerana statusnya sebagai salah seorang atlet paling terkenal di dunia. Laporan tersebut memetik dua peguam Arab Saudi, yang meramalkan pihak berkuasa tidak akan campur tangan dalam hal tersebut.

“Walaupun undang-undang masih melarang bersekedudukan tanpa akad nikah, pihak berkuasa telah mula menutup mata dan tidak menganiaya sesiapa. Sudah tentu undang-undang ini digunakan apabila terdapat masalah atau jenayah.

“Pihak berkuasa Arab Saudi, hari ini, tidak campur tangan dalam perkara ini (dalam kes warga asing) tetapi undang-undang terus melarang bersekedudukan di luar perkahwinan,” kata peguam terbabit.

Sehingga kini, Ronaldo masih belum membuat penampilan bersama Al Nassr kerana kelab itu masih belum mendaftarkannya. Difahamkan, kelab itu telah melebihi kuota pemain asing dan perlu menjual atau memecat salah seorang pemain asing untuk mendaftarkan Ronaldo.

Kredit: Utusan

BACASelepas MU Cristiano Ronaldo Bakal Beraksi Untuk Kelab Arab Saudi, Al-Nassr Dengan Gaji RM330 Juta Setahun

Capture 5

Sumber: TalkSport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.