in

Tidak Dapat Genggam Piala Dunia Sepanjang Karier, Cristiano Ronaldo Menangis Keluar Padang

Syaz Ft 2026 07 07T111155.383

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pentas Piala Dunia sekali lagi menyaksikan air mata bintang senior, Cristiano Ronaldo, tumpah selepas Portugal sah tersingkir daripada kejohanan susulan kekalahan mengejut di tangan musuh tradisi, Sepanyol.

Sejurus wisel penamat dibunyikan, penyerang prolifik berusia 41 tahun itu dilihat gagal menahan emosi kekecewaan apabila impiannya untuk membawa pasukan untuk menjelang piala paling berprestij itu lebur.


Dalam pada itu, rakaman video yang memaparkan detik-detik hiba Ronaldo menangis teresak-esak di atas padang mula tersebar luas. Video berdurasi pendek tersebut itu tular di pelbagai platform media sosial termasuklah Twitter (X) dan TikTok.

Artikel berkaitan: Lensa Kamera ‘Tangkap’ Cristiano Ronaldo Baca ‘Bismillah’ Sebelum Sepak Penalti?

Artikel berkaitan: “Perit untuk ditelan” – Peluang Keemasan Banyak Terlepas, Era Cristiano Ronaldo Kini Di Hujung Tanduk?

Ia sudah pastinya mengundang pelbagai reaksi sayu daripada peminat bola sepak seluruh dunia yang rata-ratanya simpati melihat kekecewaan pemain ikonik itu.

Penampilan Ke-6 & Piala Dunia Terakhir, Tapi Belum Sedia ‘Gantung Boot’

Di sebalik kesedihan yang melanda skuad Portugal, tumpuan kini beralih kepada masa depan pemain ikonik ini. Cristiano Ronaldo mengakui bahawa Piala Dunia 2026 adalah penampilan terakhirnya di pentas terbesar bola sepak dunia.

Cats 7

Edisi 2026 ini melengkapkan penampilan ke-6 Ronaldo di pentas Piala Dunia sepanjang kariernya (2006, 2010, 2014, 2018, 2022, dan 2026). Malah, beliau turut melakar sejarah luar biasa sebagai satu-satunya pemain lelaki yang berjaya menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia berturut-turut.

Bagaimanapun, pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu menegaskan beliau belum menutup pintu untuk terus menyarung jersi negaranya. Kenyataan Ronaldo itu nyata mencetuskan tanda tanya mengenai masa depannya bersama skuad kebangsaan, selepas beliau memberi bayangan bahawa dirinya masih lagi mempertimbangkan peluang untuk beraksi dalam Kejohanan Eropah (Euro) 2028 dua tahun lagi.

Sumber: Malay Mail, Berita Harian, X

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.