in

“Terima kasih atas segalanya” – iShowSpeed Menangis Teresak-esak, Perjalanan Ronaldo Di Piala Dunia Berakhir

Ishowspeed Ronaldo Piala Dunia Berakhir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perjalanan legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo di pentas Piala Dunia akhirnya menemui noktah yang cukup memilukan apabila Portugal tersingkir selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol dalam aksi pusingan 16 terbaik.

Kekalahan itu bukan sahaja membuatkan jutaan peminat kecewa, malah personaliti internet serta streamer terkenal, iShowSpeed turut gagal menahan emosi sehingga menangis teresak-esak ketika menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di stadium.


Speed yang sememangnya dikenali sebagai peminat fanatik Ronaldo dilihat menutup wajahnya sambil menangis sebaik wisel penamat dibunyikan. Dalam siaran langsung itu, dia berulang kali menyebut bahawa doanya agar Portugal mara ke pusingan seterusnya tidak dimakbulkan.

“Doa saya tidak dimakbulkan,” luah Speed sebelum terus menangis, manakala rakan-rakannya cuba menenangkan keadaan.

Snapinsta.to 649974563 17978138879914063 7483738272390920181 N

Artikel berkaitan: Raih 7 Juta Tontonan ‘Live Stream’ Di Malaysia, Siapa Youtuber iShowSpeed Ni?

Artikel berkaitan: Tidak Dapat Genggam Piala Dunia Sepanjang Karier, Cristiano Ronaldo Menangis Keluar Padang

Video reaksi emosinya turut tular di media sosial dengan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati, malah ada yang mengakui mereka turut sebak melihat pengakhiran karier Piala Dunia pemain berusia 41 tahun itu.

Speed dalam perkongsian lain memaklumkan idolanya tetap merupakan pemain terhebat sepanjang zaman di matanya, tanpa mengira apa jua keputusan perlawanan.

Terdahulu, Ronaldo sendiri mengesahkan edisi Piala Dunia 2026 merupakan penampilan terakhirnya dalam kejohanan paling berprestij itu.

Bagaimanapun, Ronaldo masih belum membuat keputusan sama ada akan terus bersama skuad kebangsaan Portugal atau mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa.

Sumber: livemint

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.