“Apa yang telah berlaku kepada Malaysia?”- Maszlee Malik Kecewa Rekod Pelajar Berhenti Sekolah Kini Meningkat

Tambah ke Sumber Pilihan
“Apa yang telah berlaku kepada Malaysia?”- Maszlee Malik Kecewa Rekod Pelajar Berhenti Sekolah Kini Meningkat

Sepanjang kes penularan wabak Covid-19 ini berlaku, dapat dilihat banyak sektor yang terkesan termasuklah sektor pendidikan.

Justeru, melalui laman Twitter peribadi Dr. Maszlee bin Malik, beliau telah meluahkan rasa kecewa terhadap rekod pelajar berhenti sekolah yang kini berlaku peningkatan sepanjang penularan wabak tersebut.


Menurut kenyataan Pemberitahuan Pertanyaan Bukan Lisan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4, Parlimen Ke-14, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjawab soalan yang diajukan oleh Tuan Noor Amin (Ahli Dewan Parlimen Kangar).

“Berdasarkan data bagi tempoh Mac hingga Disember 2020, murid yang berhenti sekolah adalah seramai 11, 301 orang atau 0.24% murid. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, seramai 10, 015 orang atau 0.21% murid direkodkan berhenti sekolah.”- jawab KPM.

Dikatakan jumlah keseluruhan pelajar yang berhenti sekolah bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah 21, 316 orang (0.22%).

Oleh hal yang demikian, isu ini telah membangkitkan kebimbangan dalam diri kebanyakan rakyat Malaysia termasuk Dr. Maszlee sendiri dan dalam kalangan para pendidik. Jika dilihat di ruangan komen Tweet beliau, ramai juga yang mempersoalkan siapa yang bersalah dan apakah punca sebenar isu ini berlaku.

Komen Student 4Sumber: Twitter

Berdasarkan komen-komen yang diberikan, dapat dilihat pelbagai punca yang telah dibangkitkan oleh orang ramai mengenai isu ini. Manakala, persoalan salah siapa isu ini berlaku masih lagi tidak dapat diputuskan.

Rupa-rupanya, bukan Malaysia sahaja yang mengalami masalah pelajar berhenti sekolah ini. Tetapi, negara lain seperti Amerika Syarikat juga sedang berdepan dengan isu yang sama. Baca artikel di sini.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin kerana ia melibatkan masa depan negara dan bangsa berpendidikan yang bakal dilahirkan.

Baca: Dah naik lemak ni- Cikgu Kongsi Jawapan Esei Biadab Pelajar Form 3 Di Facebook

2 14Sumber: Gambar Hiasan

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izatul Azman
Lagi tulisan Izatul
Bonjour, nama penuh saya ialah Nur Izatul Najwa binti Azman tetapi lebih dikenali sebagai Wawa, berumur 23 tahun. Saya berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing (Perancis) di Universiti Putra Malaysia. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba benda baru.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Apa yang telah berlaku kepada Malaysia?”- Maszlee Malik Kecewa Rekod Pelajar Berhenti Sekolah Kini Meningkat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/apa-yang-telah-berlaku-kepada-malaysia-maszlee-malik-kecewa-rekod-pelajar-berhenti-sekolah-kini-meningkat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM