“Apa kurlass strum gitar” – Guna Muzik ‘Play’ Dari Laptop, Pemuzik Jalanan Versi ‘High-Tech’ Curi Tumpuan

Tambah ke Sumber Pilihan
“Apa kurlass strum gitar” – Guna Muzik ‘Play’ Dari Laptop, Pemuzik Jalanan Versi ‘High-Tech’ Curi Tumpuan

Selalunya bila sebut pemuzik jalanan, benda pertama yang muncul dalam fikiran ramai mesti golongan buskers. Selalunya, pemuzik jalanan ni akan menyanyi sambil bermain alat muzik.

Tapi, pula yang ditampilkan pemuzik jalanan ini selepas dia tidak menyanyi ataupun membuat apa-apa persembahan di tepi jalan tapi hanya memainkan lagu sahaja menerusi komputeri riba dan pembesar suara.


Suarajogja melaporkan, insiden yang disifatkan oleh pengguna media sosial sebagai pemuzik jalanan mewah ini difahamkan berlaku di Kota Yogyakarta, Indonesia dan telah dirakam oleh seorang pengguna motosikal yang sedang menunggu lampu merah di jalan terbabit.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat seseorang telah meletakkan satu komputer riba, pembesar suara dan alat DJ portable di atas sebuah meja kayu. Satu muzik seperti bunyi remix pula berkumandang melalui pembesar suara.

Pemuziknya pula dapat dilihat di hujung video sedang menghampiri satu persatu kenderaan yang menunggu lampu merah di jalan terbabit sambil membawa sebuah kotak.

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih satu juta tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kelainan yang cuba ditampil pemuzik ini.

“Menarik konsep. Rare betul,” komen netizen.

“Tak hilang ke laptop dia tinggal tepi macam tu?” kata pengguna lain pula.

Tak kurang juga, ada yang menduga mengapa si pemuzik memilih untuk mengemis jika dia mampu untuk memiliki komputer riba, alat pembesar suara dan alat DJ Portable.

“Mengemis tapi ada modal beli laptop, speaker semua?” tanya seorang pengguna.

“Ternyata pengemis sebenarnya lagi kaya dari kita,” kata yang lain pula.

Sumber: Suarajogja

Baca: Miliki Suara Persis Allahyarham Sudirman, Penyanyi Buskers Muar Ini Jadi Perhatian Ramai!
Fi Arish 1 E1662177566111

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aira Sahira
Lagi tulisan Aira
Seorang yang imaginatif dan gemar menulis. Sukakan haiwan dan anime. Lebih menggemari genre seram walaupun masih tutup mata bila hantu muncul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Apa kurlass strum gitar” – Guna Muzik ‘Play’ Dari Laptop, Pemuzik Jalanan Versi ‘High-Tech’ Curi Tumpuan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/apa-kurlass-strum-gitar-guna-muzik-play-dari-laptop-pemuzik-jalanan-versi-high-tech-curi-tumpuan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM