• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

Miliki Suara Persis Allahyarham Sudirman, Penyanyi Buskers Muar Ini Jadi Perhatian Ramai!

by Izatul Azman February 17, 2022, 2:00 pm

ShareTweet
Fi Arish 1 E1662177725374

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal penyanyi lagenda Malaysia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Koleksi lagu-lagu oleh beliau boleh dikira kebanyakannya evergreen dan masih enak didengari sehingga ke hari ini.

Dari lagu raya ke lagu patriotik, semua lagu-lagunya menusuk ke hati. Tak kira lagu rancak atau sedih, semuanya memberi maksud yang mendalam sehingga sentiasa melekat di hati para pendengar.


Walaupun suaranya yang lunak itu boleh dikatakan tiada gantinya, tetapi baru-baru ini telah tular seorang remaja lelaki yang busking di kawasan sekitar daerah Muar, Johor dikatakan miliki suara mirip lagenda ini.

https://www.facebook.com/noor.fadzlan/videos/415500070332240

Arish Mikael bin Kamarulzaman, anak jati Muar atau lebih mesra dipanggil Arish ini memang tak disangkal lagi, suaranya memang sangat mirip dengan Allahyarham Sudirman.

Dia yang baru sahaja berusia 19 tahun ini sering dilihat menyanyi di sekitar Muar terutamanya di Laman Maharani dan hentian bas Bentayan bersama sebuah band bernama Melakar.

Bercakap kepada Lobak Merah, Arish memberitahu dia bukan sahaja menjadikan nyanyian sebagai hobi tetapi juga sebagai sumber pendapatan untuknya. Jika bercakap dari sudut muzik pula, Arish akui busking dapat membantunya untuk mencari diri sendiri, belajar berhadapan dengan orang ramai serta mengasah bakat nyanyiannya.

Dengar banyak kali memang betul sama!

Apabila ditanya mengenai suaranya yang menjadi perhatian ramai itu, Arish berkata dia langsung tidak menyedari bahawa suaranya seakan lagenda Malaysia itu. Namun, dia juga tidak menafikan bahawa Sudirman memang seorang yang hebat, tiada tandingan dan wajar dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi bakat-bakat muda di luar sana.

“Saya lebih suka dikenali sebagai Arish. Walau bagaimanapun, Sudirman is one and only,” kata Arish.

Pada asalnya, Arish lebih gemar jadi pemuzik dan suara latar dalam kumpulan muzik mereka. Tetapi, bila dah selalu perform depan orang ramai, dia dapat lihat pelbagai ragam manusia dan belajar sesuatu.

Arish berharap agar bakat nyanyiannya lebih berkembang selepas ini supaya dia dapat terus menghiburkan rakyat Malaysia dengan caranya yang tersendiri.

Serious suara dia memang sebiji macam Sudirman…cair min dengar!

Baca: Pakej! Lukis Sudirman, dapat TokTi sekali-[VIDEO] Wajah Lagenda Malaysia Dilukis Serentak Guna Hanger Je

Baca Sudirman

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Ft Dr Fie

    “Korangnya pun memang la awal semuanya wangi” – Dr Fie Bagi Respon Dipertikai Tayang Kebahagiaan

  • Syaz Ft 55

    Lakukan Perbuatan Syirik Di Batu Caves, Aliff Daniel Adli Diarah Masuk Pusat Pemurnian Akidah

  • Dai Syed Bebas Rogol Ft

    “Mangsa mempunyai beberapa peluang…” – Ini Sebab Da’i Syed Diketepikan Sabitan R*gol

  • Ft Shuk Sahar

    “Ada 2 lagi anak tau” – Shuk Sahar Tayang Transaksi Nafkah Anak

  • Syaz Ft 54

    “Dari InshaAllah ke Alhamdulillah” – Abdul El-Sayed Cipta Sejarah Jadi Senator Muslim Pertama Dewan Senat AS

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Ana Sr 12

    2.14 Bilion e-Invois Dah Dikemukakan! Lebih 97,000 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Cukai Tertunggak

  • Ana Sr 11

    Nak Cari Maklumat Sekolah Anak? Portal Sekolahku Himpunkan Info Sekolah Dalam Satu Platform

  • Ana Sr 10

    Bukan Sekadar Menabung, Bank Rakyat Kongsi Rahsia Kewangan Tenang!

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ft Dr Fie

    “Korangnya pun memang la awal semuanya wangi” – Dr Fie Bagi Respon Dipertikai Tayang Kebahagiaan

  • Ft Shuk Sahar

    “Ada 2 lagi anak tau” – Shuk Sahar Tayang Transaksi Nafkah Anak

  • Syaz Ft

    “Ingat dah terhapus dalam industri…” – Amir Ahnaf Sebak, Tak Sangka Masih Diterima Penonton!

  • Ft Zahirah Mohon Maaf

    “Satu pengajaran besar buat saya” – Zahirah Macwilson Tak Tahan Air Mata, Mohon Maaf Atas Ketelanjuran Kata

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube