in

“Apa kes pula ni?” – Polis Tengah Buru Jung Kook BTS

Jungkookpolis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anggota polis Seoul kini sedang meminta pendakwa raya untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap vokalis utama boyband  K-pop terkemuka BTS, Jung-Kook ekoran kemalangan kereta yang berlaku pada Oktober lepas.


Ketika itu Jung-kook sedang memandu di sekitar bandar Seoul dan terlanggar teksi akibat gangguan yang dia alami, kata pengurusnya pada waktu kejadian.

Walaubagaimanapun, lapor Asiaone, penyanyi 22 tahun itu telah mengaku yang dia telah melanggar undang-undang jalan raya dan dikatakan Jung-kook dah settle tepi dengan mangsa.

20191211 Bts Reuters
Sumber : asiaone

Tapi selepas pihak berkuasa mengkaji bahawa berlaku satu “kecuaian yang agak serius sehingga menyebab kemalangan”, pihak polis mencadangkan agar kesalahan lain difailkan iaitu melanggar Akta Lalulintas Jalan Raya dan undang-undang yang berkaitan.

Pihak dari syarikat naungannya Big Hit Entertainment masih belum memberikan sebarang keterangan.

Haihh! Kes rogol lah, kes bapa ayam lah ada juga sisi gelap mereka. 

Bts Jungkook The Fact Music Awards

Jeon Jung-kook, merupakan salah satu daripada 7 anggota BTS yang telah mencetuskan fenomena baru dalam dunia K-pop.

Pasaran mereka menerima respon positif bukan sahaja dalam Korea, malah ke seluruh negara. BTS merupakan artis kumpulan yang mempunyai 3 album yang mengungguli carta di US dalam masa kurang dari setahun selepas The Beatles.

 

Baca : “Comel jalan macam penguin” – [Video] Jungkook Tak Malu Mengaku Seluar Terkoyak Masa Perform

Jungkook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.