Bagi korang yang suka menghias kereta sudah semestinya tak kisah untuk membelanjakan duit demi mendapatkan aksesori yang sesuai. Dari rim tayar, skirting dan juga bumper, kalau dapat sama macam yang diidamkan, memang puas hati!
Penambahan aksesori di kereta juga termasuklah dengan pelekat yang ditampal di cermin malah kadang-kadang pemilihan ‘sticker’ ni akan melambangkan juga personaliti seseorang pemandu.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di Twitter apabila pemandu sebuah kereta Proton Saga diercayai menampal pelekat berunsur lucah sehingga mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen.
“Agak-agak lah, bulan puasa ni”
Jika dilihatkan dari gambar di atas, hampir kesemua pelekat yang ditampal berkait dengan janda malah kata-kata nakal turut diselitkan sekali menyebabkan ramai yang menyifatkan bahawa ianya sesuatu yang memalukan.
“Kereta siapa ni? Embarrasing!” – Marah netizen
Tak cukup dengan itu, ada juga netizen yang mempertikaikan tentang keselamatan pemandu ketika memandu kerana dilihatkan pelekat-pelekat tersebut hampir memenuhi setiap ruang cermin belakang miliknya.
Bukan itu saja, rata-rata berpendapat bahawa pemandu tersebut seharusnya mempunyai kesedaran diri untuk tidak menggunakan pelekat-pelekat itu apatah lagi di bulan Ramadan bagi menghormati bulan yang mulia ini.
Malah, mereka meminta agar jadikan isu tersebut sebagai pengajaran untuk tidak sesuka hati menampal pelekat yang boleh menyebabkan orang lain memandang serong kepada keperibadian seseorang.
Seram betul ya min tengok pelekat tu semua… Korang yang lain, jangan buat macam ni okay?
Baca: “Tunjuk gengster pulak” – Netizen Bengang Pemandu Selamba Guna Laluan Kecemasan Untuk Elak ‘Jammed’