Anjing Jalanan Ditembak Mati, Pesalah Larikan Diri Sebelum Kantoi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Admin tak boleh betul la kalau baca berita pasal penganiayaan terhadap haiwan ni….

Melalui satu post di Facebook, seekor anjing dijumpai mati akibat ditembak di sebuah kawasan perumahan terletak di Tampoi, Johor.

Sumber: Facebook

Saksi, Hitra berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7-7.15 pagi semalam (25 September). Katanya,

Saya dan keluarga terdengar bunyi yang sangat kuat dan kemudian ada suara anjing menyalak dalam kesakitan. Kami nampak anjing jalanan yang familiar di kawasan tersebut sudah mati dan terbaring di atas padang berhadapan rumah kami.”

Lebih teruk lagi, Hitra dan keluarga menyedari anjing berwarna hitam tu ditembak oleh seseorang yang dah lari tinggalkan tempat kejadian sebelum disedari oleh sesiapa pun di kawasan perumahan tu. Kurang ajar!

Sumber: Facebook

Malangnya, memang tiada seorang pun penduduk kawasan tu yang menjadi saksi atau nampak kelibat pesalah yang tembak anjing tersebut. Mereka hanya dapat ambil gambar dan buat laporan polis lepas tu.

Kami ambil beberapa gambar sebagai bahan bukti kekejaman tehadap haiwan ini. 

Hitra juga sempat memohon agar ada pihak yang cepat mengambil tindakan sewajarnya so that kekejaman macam tu tak berlaku lagi kepada anjing jalanan yang tidak bersalah. Apalah anjing tu buat sampai dia tergamak tembak…

Sumber: Facebook

Netizen yang dah baca post ni dekat Facebook menyatakan rasa geram mereka dengan kes kekejaman terhadap haiwan macam ni. Masing-masing melontarkan kemarahan di ruangan komen dan berharap agar pesalah tu ditangkap secepatnya. Betul tu!

Antara komen daripada netizen:

“Ramai yang benci anjing,  tak tahu la kenapa? Macam bumi ni manusia je boleh hidup.”

“Kalau lah kamu tahu betapa penyayangnya anjing ni. Tuhan takkan cipta sesuatu yang istimewa tanpa sebab. Ia untuk mengajar kita makna sebenar kasih sayang.”

“Aku muslim. Tapi still juga anjing ni makhluk Tuhan. Dia berhak hidup aman atas dunia. Manusia yang tak ada sifat belas kasihan. Tak ada sifat keperimanusiaan. Semoga si pelaku dapat balasan yang setimpal dgn perbuatannya.”

“Berapa banyak kekejaman terhadap haiwan berlaku setiap hari? Dunia ni penuh dengan negativiti.”

Harap-harap ada rakaman CCTV dari rumah penduduk kawasan tu so that lebih mudah polis nak buru pesalah tu!

Baca: Kejam! Lelaki Bunuh Anjing Untuk Buang Sial Dan Halau Roh Jahat Lepas Beli Kereta Baru

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!