Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan

Jadikan sumber pilihan di Google
Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan

Lagi kisah menyedihkan tentang seekor anjing.

Menurut Coconuts Bangkok, seorang netizen dari Thailand bernama Panna Lomjan baru-baru ini kongsi kisah menyentuh hati tentang seekor anjing di Facebook.


Menurutnya, anjing itu setia menanti di luar rumah pemiliknnya tanpa mengetahui dia telah ditinggalkan dan mereka tidak akan pernah kembali lagi. Kenapa buat dia macam ni…

Heng1
Sumber: Coconuts Bangkok

Panna menulis di Facebook,

“Anjing ini bernama Heng. Pemiliknya telah menjual rumah tersebut tetapi tidak membawanya sekali.”

“Heng tidak akan tinggalkan tempat itu. Dia akan duduk dan menjaga rumah itu ketika panas dan hujan.”

Sedihnya 🙁

Heng2
Sumber: Coconuts Bangkok

“Sudah lebih kurang sebulan dia berbuat sedemikian. Heng akan memandang kereta yang lalu lalang. berharap bahawa salah satu kenderaan yang lalu itu adalah pemiliknya yang pulang kepadanya.”

Heng3
Sumber: Coconuts Bangkok

Status Panna kemudian tular di Facebook dengan lebih 17ribu perkongsian. Ramai netizen memohon kepada pemilik Heng untuk kembali kepadanya, bukan meninggalkan anjing itu di depan rumah selamanya.

“Tolong jangan tinggalkannya di situ, dia tidak akan bergerak kecuali jika anda pulang kepadanya!” komen seorang netizen.

Memang lah! Anjing kan setia…

Dengan kuasa media sosial, selepas menjadi tular, seorang netizen yang sememangnya dikenali dengan hatinya yang baik telah mengambil dan menjaga Heng. Rakyat yang dimaksudkan adalah pemilik Tawana Hotel, Soraya Bunnag.

Akhirnya, Heng mendapat kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya! Malah, Heng turut disediakan katil khas untuknya!

Heng5
Sumber: Coconuts Bangkok
Heng6
Sumber: Coconuts Bangkok

Terima kasih kepada pemilik barunya yang baik hati tu!

Baca: Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Kerana Diracun Perompak

Page 7

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/anjing-berpanas-berhujan-tunggu-tuan-depan-rumah-tanpa-menyedari-dia-ditinggalkan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen