in

Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Kerana Diracun Perompak

Page 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Kerana Diracun Perompak
Loading
/

Anjing bukan sahaja setia namun mereka juga sangat berguna kerana membantu menjejaki jenayah dan menjadi pengawal rumah.


Sangat menyedihkan apabila kita seringkali mendengar kisah mereka dicederakan dan dibunuh. Ada juga kisah mereka yang dibiarkan mati kerana kebuluran selain didera tuan sendiri.

Baru-baru ini seorang warganegara Indonesia Achy Wijaya berkongsi di Facebook bagaimana dia menjumpai anjingnya yang sedang nyawa-nyawa ikan kerana diracun. Sedihnya..

Anjing1
sumber: facebook

Menurut Achy, rumahnya yang terletak di Merauke, Papua dipecah masuk perompak pada suatu malam namun cubaan mereka digagalkan oleh anjing peliharaannya.

“Berhati-hati. Kes rompakan semakin berleluasa.

Beberapa hari lalu, halaman rumah kami dimasuki orang yang tidak dikenali pada waktu tengah malam. Namun rancangan mereka gagal kerana digigit oleh anjing peliharaan kami.”

Namun, menjelang pagi, mereka menyedari bahawa anjing mereka sedang terbaring dan nazak kerana diracuni. Menurutnya lagi, mereka sekeluarga telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anjing kesayangan mereka itu, namun usaha mereka gagal.

Kami telah suapkan satu tin susu, separuh liter minyak dan air kelapa namun dia (anjing) tidak dapat diselamatkan.”

Anjing2
Sumber: facebook

Anjing6

Lebih menyedihkan apabila mereka tidak dapat membawanya ke klinik veterinar kerana klinik itu tutup pada hari tersebut.

Di dalam video yang dikongsikan Achy, sangat jelas kelihatan air mata anjing itu menitis dan bergenang seperti memberitahu bahawa dia sedang menangis dalam kesakitan. Kesiannya 🙁

Dia juga dilihat sangat lemah dan meluakkan semula apa yang diberikan Achy untuk menyelamatkan. Sedih bila bayangkan penyiksaan yang dilalui anjing ni…

Anjing3
sumber: facebook
Anjing4
sumber: facebook

Ramai netizen terutamanya pencinta haiwan yang membaca post tersebut turut bersimpati dengan Achy selain turut berasa sangat marah terhadap mereka yang meracuni anjingnya itu.

Kenapalah orang tak ada hati dan perasaan? Kejam, manusia itu berhati syaitan.”

Kesiannya anjing ini, menitis air mata dia menahan sakit azab nak mati.”

Ada juga yang memberi komen mempersoalkan tindakan Achy merakam detik kematian anjing kesayangannya itu.

Saya berasa sangat sedih dengan apa yang menimpa anjing ini tetapi saya tidak faham mengapa kamu merakamkan detik ini?”

Kenapalah dunia semakin kejam, manusia semakin hilang sifat perikemanusiaan. Haiwan yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman mereka. 

Tonton video yang dimuat Achy:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.