in

“Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih” – Nik Abduh

Collage 76

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana kesempitan hidup yang dilalui oleh ramai orang ketika pandemik ini, rakyat Malaysia telah melancarkan kempen kibarkan #BenderaPutih di media sosial.


Kempen ini dibuat bagi membantu golongan yang terkesan lebih-lebih lagi untuk orang yang dah terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera.

Kempen ini jelas telah mendapat sambutan yang hangat di media sosial dan caranya juga mudah untuk orang yang betul-betul memerlukan bantuan. Hanya kibar bendera putih di rumah sendiri jika alami kesusahan kewangan mahu pun bekalan makanan.

204676895 4171183059615744 7457159494717135708 N

Walaupun kempen ini mendapat sokongan dari ramai pihak, bagi Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, beliau merasakan mengangkat bendera putih ini bukanlah satu cara yang wajar dibuat oleh rakyat.

Menerusi Facebook rasminya, Nik Abduh telah meminta agar orang ramai tak mengajar rakyat untuk mengangkat bendera putih tapi sebaliknya berdoa agar diberikan kekuatan.

Angkat tangan berdoa kepadanya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih.”

“Bendera putih bukan bermaksud kalah”

Di ruangan komen, ramai netizen menunjukkan rasa tak setuju mereka dengan posting Ahli Parlimen Bachok ini. Rata-rata mengatakan yang ini merupakan salah satu usaha selain berdoa.

Screenshot 2021 06 29 At 1.48.35 Pm Down 1

Betul juga, kita memang sentiasa disuruh berdoa tapi pada masa yang sama kena juga usaha.

 

Baca: “Kepada yang susah, tiada makanan naikkan bendera” – Rakyat Malaysia Lancar Kempen #BenderaPutih, Bantu Mereka Yang Memerlukan

Bendera Putih Kempen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.