in

“Angkat sendirilah!” – Wanita Kesal Sikap Pekerja Bawahan MAS Biadap Conteng Bagasinya

Ground Staff In Malaysia Airlines Are To Be Punished Over Vandalism Of Customers Belongings World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penumpang kapal terbang di mana-mana lapangan terbang yang tercanggih di dunia sekalipun sering mendapat masalah berkenaan bagasi mereka yang dilaporkan rosak, pecah, digeledah tanpa kebenaran dan adakalanya hilang tanpa dikesan. Ia telah menjadi trauma besar kepada penumpang yang menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan untuk pergi ke destinasi yang mereka tujui.

Menerusi perkongsian Rose Kuruvilla di Facebook, dia telah membuat aduan kepada syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines (MAS) atas sikap biadap pekerja bawahan mereka di KLIA ketika dia dalam perjalanan untuk menaiki penerbangan ke Sydney.


Menurut Rose, dia bersama suami dan anak kecil berusia 11 bulan sepatutnya menaiki penerbangan business class dari Kuala Lumpur ke Sydney dengan Malaysia Airlines. Selepas check-in di kaunter, beg mereka telah dimuatkan ke atas tali penghantar (conveyor belt) tanpa ditag terlebih dahulu!

22282051 10156683607744951 2572277218489870054 N
sumber: facebook

Apabila pengendali bagasi menyedari akan perkara tersebut, dia cuba mengejar beg mereka namun malangnya beg tersebut telah menuruni gelongsor. Alamak! 

“Staf-staf dan penyelia di situ cuba sebaik mungkin dengan menghubungi semua orang daripada pasukan bagasi untuk mencari beg tersebut, namun usaha mereka menemui jalan buntu,” tulis Rose dalam entri Facebook.

Ground Staff In Malaysia Airlines Are To Be Punished Over Vandalism Of Customers Belongings World Of Buzz 2
sumber: wob

Tambahnya lagi, mereka juga diberitahu staf Malaysia Airlines untuk tidak terlalu khuatir akan hal tersebut dan menaiki saja penerbangan itu kerana beg mereka nanti akan berada di dalam pesawat yang dinaiki walau bagaimana cara sekalipun. Pun begitu, Rose tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana beg berkenaan tidak mempunyai sebarang tag atau nama di atasnya.

“Respon mereka sangat tidak professional, biadap dan jelas-jelas sekali mereka mahu kami pergi dari situ supaya masalah ini akan diselesaikan oleh orang lain. Tiada kata maaf daripada mereka atau penyelesaian kepada masalah ini,” katanya.

Menurut Rose, syarikat penerbangan itu akhirnya menjumpai begnya selepas sejam mencari hingga menyebabkan mereka ketinggalan penerbangan tadi. Selepas memulangkan beg tersebut, Rose dan keluarganya dijadualkan menaiki penerbangan yang seterusnya pada 12 jam kemudian.

Namun masalahnya tidak selesai di situ sahaja. Apa yang berlaku selepas ini membuat Rose memilih untuk melakukan aduan dan memuat naik entri di media sosial.

Rose memberitahu, meskipun begnya tidak diletakkan sebarang nama, dia telah melekatkan sekeping label yang bertulis “INI BUKAN BEG ANDA!” pada begnya untuk mengelakkan ia diambil oleh orang lain.

Mas Vandal
sumber: wob

Namun Rose sungguh kecewa dengan tindakan staf bawahan MAS yang mana telah menconteng kata-kata biadap yang bertulis, “JADI? ANGKAT SENDIRI LAH!” dibawah label yang dilekatkannya. Aduh! Tak matang langsung!

Kata-kata yang diconteng pada label tulisannya itu telah menaikkan amarah Rose untuk membawa rasa kecewanya itu terus ke media sosial.

“Kesilapan memang telah berlaku, tetapi selepas harta benda saya telah diconteng, saya rasa memang patut saya kongsikan pengalaman ini kepada semua rakan,” katanya lagi di Facebook.

Walau bagaimanapun, Malaysia Airlines dalam kenyataan di FMT berkata,  mereka telah pun menjalankan siasatan dalaman dan bakal mengambil tindakan tegas ke atas staf yang terlibat.

“Kami mohon maaf atas pengalaman tidak menyenangkan yang dialami Puan Kuruvilla dan keluarga dengan staf bawahan kami. Malaysia Airlines menganggap insiden ini sebagai satu perkara yang serius dan kami memohon maaf kepada Puan Kuruvilla atas sikap biadap staf kami. Kami sentiasa berusaha dalam memberikan servis yang terbaik kepada penumpang kami,” jelas syarikat penerbangan tersebut.

Diharapkan masalah seperti ini tidak lagi berulang di masa hadapan. Takut tak ramai pula yang nak naiki MAS nanti. 

Baca: Lebih 100 Lipas Ditemui Dalam Dua Pesawat Antarabangsa, Penumpang Tiada Tempat Untuk Larikan Diri! 

Kapal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.