“Bagi RM3 je, dengan budak pun berkira”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dah menjadi satu kebiasaan orang kita untuk berikan duit raya pada kanak-kanak yang datang beraya di rumah. Jumlah dalam sampul duit raya tu pulak bergantung pada tuan rumah lah berapa nak masukkan dalam tu.

Menurut satu perkongsian di Facebook, baru-baru ini ada seorang lelaki memuat naik luahan rasa tak puas hari lepas anak dia diberi duit raya sikit je sewaktu berkunjung ke rumah saudara mara.

Sumber: Facebook

“Saya pergi la beraya di rumah saudara mara kelmarin bawa anak-anak saya sekali. Bila nak balik tu saudara mara berikan duit raya kat anak saya. Bagi RM3 je. Ada lagi ye zaman sekarang ni bagi RM3, macam zaman 90-an,” kata lelaki tersebut dalam entri yang dimuat naik.

“Orang cakap orang-orang kita ni kaya raya. Kalau saya beraya di rumah rakan-rakan di Pulau Pinang paling tidak pun mesti seorang akan dapat RM5, RM10. Kita ni jangan la kedekut sangat. Dengan budak-budak pun nak berkira.”

Sumber: Facebook

Lepas entri yang dimuat naik lelaki ni tersebar, ramai tak puas hati dan menuduh lelaki ini tak reti bersyukur. Menurut mereka, duit raya itu satu sedekah yang kena ikut kemampuan si pemberi. Walaupun yang dapat itu sedikit, tetap rezeki juga.

Sumber: Facebook

Disebabkan bapak yang berang duit anak sikit, ada yang menyindir dan bertanya siapa yang nak duit raya sangat ni sebenarnya? Bapak ke anak ni? Ramai juga turut tertanya-tanya berapa agaknya jumlah duit raya yang diberikan lelaki tersebut kepada kanak-kanak yang datang beraya di rumahnya.

Sumber: Facebook

Duit raya tu kan ikut kemampuan masing-masing. Seeloknya kita bersyukur dengan setiap pemberian dan lebih fokus untuk mengeratkan silaturrahim di hari raya yang mulia ni.

NOTA: Gambar atas kiri hanya sekadar hiasan.

Baca: Raya Dulu vs Raya Sekarang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.