in

“Anak saya sekarang dah trauma!” – Kanak-kanak Tercekik Bulu Ketika Makan Kepak Ayam McDonald’s

Feat 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau pergi mana-mana restoran Fast Food, korang mesti expect kualiti makanan dorang tip top kan? Ye lah, biasanya restoran macam ni memang betul-betul jaga kualiti dan kebersihan dorang.


Sebabtu ibu dari Beijing ini terkejut bila tengok kepak ayam yang dia order dari McDonalds ini datang dengan bulu yang masih melekat pada daging ayam. Iyekkk

Menurut World Of Buzz, Zhou berkata dia memesan makanan untuk anak perempuannya dan berikan bahagian kepak ayam pada anaknya pada 21 April lalu.

Anaknya yang tak sedar dengan fizikal kepak ayam yang berbulu itu telah menelan tiga ketul kepak ayam goreng sebelum Zhou perasan ada sesuatu yang tak kena dengan McWings yang dipesannya itu.

Zhou berkata, anaknya tercekik bulu ayam ketika dia sedang menggigit ayam tersebut.

“Kepak ayam yang penuh dengan bulu digoreng dan dijual kemudian dihantar terus ke dalam mulut anak saya!

Anak saya sekarang rasa mual setiap kali nak makan.”

Wanita ini juga telah mengambil gambar kepak ayam tersebut dan muat naik ke media sosial. Korang boleh tengok gambar kat bawah ni, banyak gila bulu ayam dia. Macam mana pekerja dia boleh tak perasan?

Mother Finds Feathers On Mcdonalds Chicken After Young Daughter Had Eaten Few Bites World Of Buzz

Kalau korang nak tahu, Zhou dah pun buat aduan pada kedai makanan segera ini dan mereka bersedia untuk membayar ganti rugi 10 kali ganda dari harga asal berserta kupon makanan.

Bagaimanapun, ibu ini menolak tawaran tersebut dan membuat laporan ke kementerian kesihatan.

McDonald’s China juga telah memohon maaf secara rasmi dan berjanji akan menyiasat perkara ini.

Harap-harapnya kes ni jadi pengajaran untuk restoran dan peniaga makanan supaya tak terlepas pandang benda-benda macam ni.

 

Baca: “Setiap kali beli kurma mesti ada anak lipas di dalam tu. Tak kiralah kurma mahal atau murah”

Screenshot 2019 04 26 At 5.51.48 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.