in

Anak Malaysia Cipta Sejarah Pandu Volkswagen Klasik Rentasi Jalan Darat Ke Eropah

Edit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak gemar kereta vintaj seperti Volkswagen? Bagi lima sahabat ini, minat mereka kepada kenderaan vintaj tersebut telah memberi inspirasi untuk mereka lakukan sesuatu di luar jangkaan.


Dengan menggunakan tiga Volkswagen Kombi dan sebuah Volkswagen Beetle Classic; Stephen Pang, Cliften Nathaniel, Terence Moses, Udhaya Kumar dan Monica Xavier nekad melakukan perjalanan darat dari Johor Bahru ke Hessisch Oldendorf, German.

15073499 628877963958108 7495973858278358178 N
sumber: facebook

Kembara #Live2Drive yang telah bermula sejak 15 Mac lalu bakal mencipta sejarah yang tersendiri apabila kumpulan itu menjadi peserta pertama dari Asia, khususnya Malaysia yang terlibat dalam acara Pertunjukan Volkswagen Vintaj Antarabangsa memandu merentasi benua.

Perjalanan itu bakal mengambil tempoh selama enam bulan, bermula dari Mac hingga ke lewat Ogos dengan anggaran jarak 27,000km melewati 20 buah negara. Antaranya ialah China, Mongolia, lebuhraya Trans-Siberia, Eropah dan seterusnya ke Hessish Oldendorf, German untuk pertunjukan terbesar Volkswagen vintaj tersebut.

14289982 594481570731081 4850287195673959366 O
sumber: facebook
14409654 598250563687515 9026575454960884424 O
sumber: facebook
14902742 617927151719856 6012408833446122903 O
sumber: facebook
14590079 606044349574803 8709027648751120496 O
sumber: facebook
18268149 719019138277323 3090215004024866000 N
sumber: facebook
18119196 713774605468443 6061912765896074313 N
sumber: facebook
18921152 1563082700369489 2610856911907797394 O
sumber: facebook
18765885 731373383708565 5367543807757083757 N
sumber: facebook

Selesai di German, mereka akan meneruskan perjalanan mereka ke Iran dan seterusnya menghantar kereta mereka dari sana pulang menggunakan kapal ke Malaysia.

Sepanjang pengembaraan tersebut, mereka juga turut mengadakan aktiviti kebajikan dengan masyarakat tempatan di beberapa lokasi di negara Asia Tenggara yang mereka singgahi.

17458181 697708693741701 319983409500827013 N
sumber: facebook
17457400 697643387081565 2621940743251187275 N
sumber: facebook

Masing-masing yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam road trip sebegini pernah membawa kenderaan Volkswagen klasik mereka sejauh sempadan Laos-China. Wah, otai ni!

14196080 592384454274126 1356333387820393228 O
sumber: facebook

Pada 14 Jun lepas, kumpulan sahabat ini akhirnya tiba di German setelah mengharungi perjalanan sejauh 19,000km dari Malaysia. Mereka bakal diberi penghormatan oleh penganjur Pertunjukan Volkswagen Vintaj Antarabangsa Hessisch Oldendorf pada 23 Jun nanti dengan menerima ‘Kunci Emas’ bandar berkenaan.

19059991 739927869519783 3260114116411561994 N
sumber: facebook
19030588 739927856186451 8943430659669374387 N
sumber: facebook

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai perjalanan mereka di German, anda boleh saja ikuti laman Facebook Live2Drive.

Tahniah! Semoga Malaysia terus bersinar di mata dunia. Malaysia Boleh!

Baca: Pasangan Berbasikal Sejauh 12,000KM Untuk Ke Tanah Suci

Berbasikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.