in

Pasangan Berbasikal Sejauh 12,000KM Untuk Ke Tanah Suci

Mekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika umat Islam sedang sibuk membeli tiket penerbangan ke Makkah untuk menunaikan haji atau umrah di bulan suci ini, pasangan Indonesia ini mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu.


Bagi pasangan berusia 35 tahun, Hakam Mabruri dan isterinya Rofingatul Islamiah, mereka telah menggunakan basikal sebagai pengangkutan pilihan untuk membawa mereka ke Mekah.

Mekah1
sumber: banjarmasin post

Pasangan ini sudah pun dalam perjalanan ke Tanah Suci setelah berehat seketika di Permatang Pauh, Pulau Pinang, pada 20 Mei menggunakan basikal yang ditempah khas mengikut berat dan tinggi pasangan itu.

Sebelum memulakan perjalanan, mereka telah pun menjalani latihan di pelbagai tempat di Indonesia seawal lima bulan yang lalu. Mereka telah berlatih di tanah rata dan kawasan pergunungan sebagai persiapan untuk meredahi kesulitan perjalanan sepanjang 12,000km ini.

15393009 696840213825365 5763714065754889600 O
sumber: goowes. Co

Mereka telah memulakan misi kayuhan ke Mekah dari Malang, Jawa Timur sejak 17 Disember tahun lepas merentasi lebih 4,000km untuk sampai ke Pulau Pinang.

Dengan kelajuan 18km sejam, Hakam dan Rofingatul berhasrat untuk menggunakan basikal mereka sebagai medium untuk memperkenalkan agama mereka di samping mengenali agama lain di setiap negara mereka lalui.

Mekah2
sumber: muslimoderat. Net

Menurut Hakam,

Perjalanan kami setakat ini berjalan dengan lancar. Kami telah dibantu ramai orang termasuk Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya.”

Mereka menganggarkan perjalanan ke Mekah akan mengambil masa antara 8 hingga 12 bulan walaupun terdapat kemungkinan ia terpaksa ditangguh kerana cuaca atau perkara yang tidak dapat diramalkan.

Hakam dan Rofingatul merupakan rakyat Indonesia pertama yang menggunakan basikal untuk ke Tanah Suci. Mereka merancang untuk pulang ke Indonesia melalui penerbangan setelah selesai menunaikan umrah.

Jika semua berjalan dengan lancar, mereka akan berbasikal sekali lagi dalam masa beberapa tahun untuk menunaikan haji pula.

Semoga perjalanan mereka dipermudahkan dan selamat sampai ke tanah suci.

Baca: Dua Beradik Selesai Misi Cuci Masjid Seluruh Negara Tekad Mahu Cuci Masjid di Singapura Pula

Dia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.