in

“Anak korang bijak, anak kita tak berapa” – Sharifah Shahira Tetap Bangga Kongsi Keputusan UPSR Anak Walaupun Tak Memuaskan

Keputusan Upsr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan hari mendebarkan buat ibu bapa dan pelajar Tahun 6 kerana keputusan UPSR diumumkan. Dengar cerita, ada yang gembira melompat-lompat, ada pula yang menangis sebab tak capai target yang diinginkan.


Apa-apapun admin salute dengan ibu seperti pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira yang masih berbangga dengan keputusan anaknya walaupun keputusan tersebut tidaklah begitu baik. Siap share dekat Instagram lagi tau!

 

“Tak salah kan kalau takde 6A tapi letak kat IG” 

Menurut Shahira, keputusan anaknya tidaklah cemerlang seperti anak orang lain kerana anaknya hanya mendapat 2A, 1B, 2C, dan 1D dalam UPSR dan katanya, anaknya tu hampir fail paper Bahasa Malaysia (Penulisan) tau.

Walau bagaimanapun, Shahira tidak bersedih hati malah dia berbangga dengan keputusan anaknya itu kerana kata Shahira, anaknya seorang slow leaner dan ambil masa yang agak lama untuk memahami apa yang cikgu cakap. Oh gitu! 2A pun okay what? 

 

“Tahniah anak korang bijak, anak kita tak berapa… tapi bolehlah” 

Shahira yang berkongsi keputusan anaknya, Airra di instastory juga berkata, dia bersyukur walaupun keputusan anaknya tak seberapa tapi cikgu di sekolah masih mengucapkan tahniah buatnya dan anak. Takpe boleh usaha lagi nanti untuk PT3 pulak kan? 

Sumber: Instagram

Walau bagaimanapun, Shahira tetap menerima sokongan dan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan artis yang menganggap anaknya sudah buat terbaik untuk mendapat keputusan tersebut.

Upsr
sumber: instagram

Apa-apapun admin nak ucapkan tahniah buat anak Shahira dan semoga dia berjaya dalam exam yang seterusnya pula. Usaha tangga kejayaan! 

Baca: “Kalau nak sesuatu usaha lah sendiri” – Kata Ibu Bapa ‘Toxic’ Gadis Ini Terima Kritikan Hebat Dari Netizen

Ipong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.