in

Anak Dara Selalu Kena Curi Bra Dengan ‘Sepentot’ – Lelaki Ini Kongsi Kisah Kehidupan Di Flat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenangan. Pasti semua ada kenangan manis dan pahit ketika membesar. Tak kira macam mana persekitaran ketika ketika membesar tu, tetap akan ada cerita yang tidak akan kita lupakan. Kata orang, cerita itu nanti dikongsikan dengan anak cucu. Ye dak?


Tak kisah la tinggal di kawasan kampung atau bandar, setiap orang punyai cerita dan kenangan yang berbeza. Seperti lelaki ini yang kongsi ceritanya ketika membesar di kawasan pangsapuri kos rendah atau nama sinonimnya, flat.

flat

AKU BUDAK FLAT

Assalamualaikum dan selamat pagi

Entah kenapa pagi-pagi ni aku tiba-tiba teringat memori rumah flat. Keluarga aku bukanlah kaya, susah pun tidak, sederhana saja. Tetapi nak beli rumah dua tingkat di tengah KL memang tak mampulah, jadi sebahagian besar hidup aku ni membesar di flat sajalah . Lebih tepat, Flat Pandan Jaya.

Duduk flat ni memang lah tak selesa. Rumah kecik, dua bilik saja. Lebih kurang 650 square feet saja. Satu bilik dah tentu untuk mak abah, satu bilik lagi bagi pada akak perempuan. Jadi bertahun lamanya ruang tamu itulah ‘istana’ aku. Bila larut malam menjelang, aku akan bentang toto dan serius, rasa mcm dah tidur hotel 5 star!

Nak tahu alarm clock aku apa? Budak jual karipap. Pagi-pagi budak itu akan jerit

” Kuihhhhh!! Nasi lemakkkkk!! Karipapppp!!! “

Itulah alarm clock yang paling efektif bagi aku selain daripada azan dekat surau seberang jalan sana.

Paling gelabah bila saudara mara datang dari kampung nak jalan-jalan di KL. Bila mereka cakap nak tumpang tidur dekat rumah, huru haralah kami sekejap. Habis sofa, meja makan dengan segala meja dekat ruang tamu tu terpaksa bawa keluar ‘parking’ dekat koridor. Hahaha!

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Kes curi ni dah biasa dah. Kalau anak dara selalu kena curi bra dengan ‘sepentot’, kalau budak selalu hilang basikal, kalau yang bujang selalu hilang motor. Aku sampai dua kali motor kena rembat! Selipar dengan kasut jangan cerita lah.

Asap colok orang Hindu ngan Cina sembahyang ni dah biasa sangat. Macam-macam bau dan aroma masuk rumah, yang best kami semua boleh terima dan boleh tolerate. Mereka pun OK saja walaupun bunyi azan punyalah kuat dekat tingkap mereka.

“Paling thrill duduk rumah flat ni bila laki bini bergaduh. Kadang-kadang orang tingkat satu bergaduh sampai tingkat lima bunyi decibel dia, paling best bila periuk belanga melayang, bunyi macam orkestra beb!”

Yang paling mencabar akal dan fikiran adalah parking. Kereta banyak, parking sikit. Ada yang tak reti bahasa parking belakang kereta orang tapi tarik hand brake. Yang pakai motor pulak start enjin dalam flat, pendek kata pagi-pagi ni dah macam duduk zon perang. Lawaknya bila tengok akak-akak yang bukan main make up dan berkebaya bagai nak gi office, tetapi terpaksa tolak kereta keluar parking hehehe. Tertonggek tonggek….

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Ishk kalau nak cerita satu novel pun tak cukup tapi hidup kami cukup harmoni. Jarang gaduh besar-besar. Paling kuat pun rasa jealous bila jiran sebelah beli perabot baru, walaupun kita tau beli kat Courts Mammoth je pun…

Itulah kisah AKU BUDAK FLAT. Memori sungguh laaaaa….

Perkongsian dari: Syahril Kadir

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.