in

“Anak daddy 4 orang sekarang” – Fans Tak Sangka Gurauan Fad Bocey #RoadTo6 Jadi Kenyataan, Kini Anggap Hamzah Anak Sendiri

Seee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau keluarga dan peminat terkesan dengan pemergian Abam, ahli kumpulan Bocey, Fad dan Achey juga apa kurangnya. Sayangnya mereka pada Abam sampai sanggup pikul tanggungjawab untuk jaga anak Abam, Hamzah dengan sebaiknya.


Tapi bagikan sudah dirancang, netizen sempat mengimbau kembali gurauan Fad Bocey yang terdahulu kononnya nak tambah anak lagi dengan hashtag #Roadto6 di Instagram. Tak sangka pulak gurauan tu betul jadi kenyataan!

 

“Hari tu fad bergurau #Roadto6, sekarang gurauan dia dah jadi kenyataan. Fad ada 4 anak sekarang ni” 

Menurut posting netizen di Facebook, Fad pada awalnya bergurau dengan fans kononnya dia mahu menambah bilangan anak. Pun begitu dia memberitahu yang isterinya belum lagi hamil dan jangan ucapkan tahniah terlebih dahulu.

Gurau

84172319 1277148135804470 3890282570994155520 N
sumber: facebook

Tapi tak sangka pula 2 minggu selepas posting tersebut, anak Fad betul-betul bertambah selepas dia menganggap Hamzah anak Abam sebagai anaknya sendiri. Allah…  sedih. 

84716649 1277148129137804 5613740122383056896 N
sumber: facebook

“Daddy jaga Hamzah ye nak, anak daddy 4 orang sekarang” 

Allah sebak! 

 

“Jagalah anak yatim sebaik-baiknya…” 

Rata-rata netizen di posting Instagram Fad Bocey ni memberi kata-kata semangat supaya Fad dan Achey terus kuat dan tidak mensia-siakan anak arwah, Hamzah. Besar pahala menjaga anak yatim ni tau.

Untung
sumber: instagram

Untung Hamzah dikelilingi oleh orang-orang yang sayanginya.

Baca: “Hamzah mula cari bapa…” – Ali Puteh Kongsi Cerita, Selepas 4 Hari Anak Mula Tercari-Cari Arwah Abam

Hamzah Abam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.