“Amek kau padan muka!” – Fatin Afeefa Kenakan Haters Yang Complain Kenapa Dia Asyik Post Gambar Sendiri Di Instagram

Admin sebenarnya tak tahu nak cakap apa dengan orang zaman sekarang. Mudah sangat berdengki dan cemburu dengan orang lain. Yang jadi peliknya, kita post gambar sendiri dekat Instagram peribadi pun orang tak suka.

Inilah yang dihadapi pelakon comel lagi jelita, Fatin Afeefa lepas viral semalam ada netizen yang tegur kat Twitter kenapa dia asyik post gambar sendiri kat media sosial. Aduh nape sis? Jeles eh??

Sumber: Twitter

 

“Lepas ni jangan complain i asyik post gambar i je” 

Bengang ditegur kenapa asyik post gambar sendiri, Fatin Afeefa pun apa lagi… dia post lah pulak gambar orang lain di Instagram peribadinya. Yang lagi best, cara troll Fatin ni memang win lah sebab dia post gambar netizen tadi yang tegur tentang dirinya tempoh hari. Ops! 

Sumber: Twitter

Macam manapun, Fatin dah delete gambar tu dari akaun Instagramnya.

 

“Ala bodoh yek, dah tu IG Fatin takkan la nak post gambar kau pulak” 

Rata-rata netizen walau bagaimana pun takdelah kecam Fatin balik, malah mereka sokong dengan tindakan pelakon tersebut dengan tindakan ‘win’nya tu. Lagipun betullah kata netizen, itu IG Fatin dan ikut suka hatilah dia nak post gambar dia banyak-banyak. Takkan nak letak gambar korang pulak kan?

Sumber: Twitter

Bagi admin, sebagai seorang netizen lebih baik korang jangan sibuk atau jaga tepi kain orang lain. Kalau benda tu dia post di IG atau akaun media sosial dia, ikut suka dialah kan. If korang tak suka, korang unfollow je. Senang! 

Baca: “Nazim takyah nyanyi lah, pakai mekap bagai” – Ramai Cakap Nazim Othman ‘Try Hard’ Cover Lagu Dimatamu

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!