in

“Ambulans ke kiri, dia ke kiri” – Polis Cari Pemandu Tular, Halang Laluan Ambulans Ketika Kecemasan

Halang Laluan Ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun ramai sedia maklum jika ambulans dalam situasi kecemasan, perlu diberikan keutamaan laluan ketika di jalan raya, namun masih ada lagi individu yang degil.

Tular di media sosial, sebuah kereta jenis Toyota Camry enggan memberi laluan kepada ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) petang semalam meskipun siren kecemasan dibunyikan.


Menerusi video berdurasi satu minit itu, salah seorang petugas kesihatan yang berada di dalam ambulans juga telah menggunakan pembesar suara meminta pemandu terbabit segera memberikan laluan kepada mereka namun tidak diendah.

Artikel berkaitan: Tular Video Kereta Tak Beri Laluan Kepada Ambulans, Pemandu Kembara Telah Dikenakan Tindakan Oleh Polis

Artikel berkaitan: Lebih Pentingkan Kereta, Netizen Berang Tindakan Pemandu Rempuh Ambulans

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1750476361461010663

Dapat dilihat ketika ambulans menukar laluan ke kiri, kenderaan terbabit turut menukar ke laluan yang sama sehingga menyukarkan ambulans untuk memotong.

“Ambulans ke kiri, dia masuk kiri. Ambulans ke kanan, di masuk balik ke kanan,” kata pengendali akaun X.

Susulan video tular itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan pihaknya sedang menjejaki pemandu terbabit.

Walau bagaimanapun, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun pemilik atau pemandu kereta akan dikesan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai netizen mengaitkan situasi berkenaan dengan satu kes yang berlaku sebelum ini di mana seorang lelaki dewasa pekak menghalang laluan ambulans.

Screenshot 2024 01 26 130458

Untuk info, di bawah Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan, pemandu boleh dikenakan tindakan sekiranya disabitkan kesalahan.

Sumber: X, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.