in

Tular Video Kereta Tak Beri Laluan Kepada Ambulans, Pemandu Kembara Telah Dikenakan Tindakan Oleh Polis

F2 Tak Beri Laluan Pada Ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Kembara telah menghalang laluan ambulans yang sedang membawa pesakit kecemasan.

Dalam video berdurasi selama 35 saat itu, dapat dilihat bahawa pemandu kereta itu tidak memberi memberi laluan kepada ambulans berkenaan meskipun siren telah dibunyikan.


Kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku di Sarawak.

Artikel Berkaitan: Lebih Pentingkan Kereta, Netizen Berang Tindakan Pemandu Rempuh Ambulans

Lagi menyayat hati apabila pesakit di dalam ambulans berkenaan telah meninggal dunia angkara pemandu berkenaan yang tidak memberi laluan kepada ambulans itu yang dalam perjalanan ke Hospital Sri Aman, lapor Buletin TV3.

Polis Sri Aman menerusi Facebook telah mengeluarkan kenyataan tentang kejadian tersebut.

415995631 416896560664378 3382024039092848645 N

Dalam kenyataan terbabit, pihak polis mengatakan bahawa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Sri Aman telah berjaya mengesan pemandu kereta terbabit dan pemandu kereta itu juga telah dikenakan tindakan di bawah Kaedah 9 Kaedah-kaedah Lalulintas 166/59 iaitu kesalahan tidak memberi laluan kepada ambulans.

Pihak polis juga mengingatkan orang ramai untuk sentiasa memberi laluan kepada ambulans, kereta bomba dan kenderaan polis ketika di jalan raya.

Sumber: Facebook Polis Sri Aman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.