in

“Ambik duit untuk bunuh anak orang ke?” – Pengasuh Umur 33 Tahun Dera Kanak-kanak 4 Tahun Sampai Meninggal Dunia!

Untitled Design 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu dera sentiasa menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen di negara ini, bahkan isu ini tidak pernah berhenti.


Terbaharu, negara dikejutkan dengan kejadian dera yang berlaku di Batu Pahat, Johor melibatkan seorang pengasuh yang berusia 33 tahun.

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu itu, seorang pengasuh dikatakan telah mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun sehingga kanak-kanak itu meninggal dunia

Kepercayaan yang diberi oleh ibu mangsa bertukar menjadi duka selapas kanak-kanak malang tersebut menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), pada 7.15 pagi semalam.

Sakitnya pemergian anak yang masih dalam fasa manja.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim, berkata susulan itu, pengasuh kanak-kanak terbabit berusia 33 tahun di tahan, malah suaminya juga di tahan untuk membantu siasatan, lapor Berita Harian.

Hasil siasatan awal mendapati abang mangsa yang berusia enam tahun turut dipercayai didera berdasarkan kesan lebam pada badannya.

Pihak polis menyelamatkan abang mangsa yang kini mendapatkan rawatan di HSNI dan dalam keadaan stabil.”

Child Abuse

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Kes ini menimbulkan kemarahan dan kekecewaan terhadap netizen.

Image 1 1

Image 3

Image 2 1

Diberi tanggungjawab ini yang dibalasnya, manakah pergi sifat kemanusiaan.

 

Baca: Panggilan Talian Kasih Meningkat 57%, Penderaan Kanak-Kanak Meningkat Semenjak PKP Dijalankan?

Annotation 2020 03 30 114740

Sumber: Hello Doktor
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.