Bila sebut je nama Datuk Seri Aliff Syukri warganet semua pasti mengenali siapa beliau. Beliau merupakan seorang usahawan kosmetik yang terkenal di Malaysia dan juga pernah tular beberapa kali atas sebab yang berbeza.
Namun, beliau dihadapkan ke Mahkamah Sepang pagi ini untuk pendakwaan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.
Beliau tiba di kompleks Mahkamah Sepang dengan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz sebelum disambut oleh peguamnya.
Sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, Aliff Syukri akan berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988, lapor Kosmo.
Sebelum ini, beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan di MCMC, Cyberjaya bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik sempena Aidilfitri.
Usahawan kosmetik itu telah mencetuskan kontroversi bagi memberikan keterangan berkenaan klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur yang bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.
Klip video muzik berkenaan telah dikongsi di laman sosial Aliff Syukri dan mendapat kecaman dari pihak warganet kerana ia memaparkan sekumpulan penari lelaki yang memakai make up dan berperwatakan lembut serta tarian yang mencolok mata.
Ramai yang mengatakan bahawa klip video muzik berkenaan tidak sesuai untuk ditonton ramai lagi-lagi pada bulan Ramadhan yang mulia.
Apapun, kita tunggu la apa kata mahkamah dan tindakan yang akan diambil..
Baca : Lepas ‘Claim’ Dirinya Penyanyi No. 1, Aliff Syukri Nak Duet Dengan Siti Nurhaliza & Awie?