in

”Alhamdulillah, hebatnya adik ni”- Baru Setahun Peluk Islam Muallaf OKU Ini Lancar Menghafaz Ayat Al Quran

Feature Image 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut je nama Mufti Wilayah Persekutuan sapa je tak kenal kan? Beliau sangat dekat dengan masyarakat dan tak mengira bangsa walaupun bergelar agamawan.


Baru-baru ini Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah berkongsi sebuah video pendek yang menunjukkan seorang pemuda OKU sedang menghafaz ayat Al Quran.

Melalui perkongsian beliau di Facebook, pemuda tersebut telah datang bersama beberapa NGO OKU Berdaya Hulu Langat.

Tambahnya lagi, pemuda OKU terbabit dikatakan baru sahaja memeluk islam tidak lebih dari setahun.

Pagi ini menerima kunjungan NGO OKU Berdaya Hulu Langat. Mereka daripada pelbagai latarbelakang, namun masing-masing…

Posted by Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan on Tuesday, October 8, 2019

Tidakkah hati kecil kita terusik apabila melihat mereka bersungguh-sungguh mempelajari Islam”

Menurutnya lagi beliau berasa bangga apabila golongan OKU yang baru sahaja memeluk islam ini bersungguh-sungguh dalam mempelajari agama islam.

Sahibus Samahah juga ada menyatakan bahawa beliau ada menyediakan jurubahasa isyarat khas bagi OKU Pekak di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi dan Masjid Dato Klana Petra, Nilai. ⁣

”Syukur alhamdulilah. Hidayah itu milik Allah”

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif terhadap posting video pendek ini.

Oku Komen 1
Sumber: facebook

Alhamdulillah, admin pun rasa kagum dengan semangat pemuda ni yang sangat nak mendalami ajaran islam.

 

Baca: “18 tahun kot saya pernah makan babi”- Gadis Mualaf Ceritakan Auta Disebalik Restoran ‘Serve No Pork’

Pork

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.