in

“18 tahun kot saya pernah makan babi”- Gadis Mualaf Ceritakan Auta Disebalik Restoran ‘Serve No Pork’

Screen Shot 2019 06 20 At 11.30.40 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mujurlah ada Allyssia Affandi ni, kalau tak sampai bila-bila kita akan terus hentam tuli makan di kedai non-muslim yang memberi penekanan serve no pork di premis mereka biarpun tanpa logo halal.


Sebagai gadis mualaf dan pernah bekerja di kedai makan sebegini, dia membuka mata kita untuk tidak mudah mempercayai kedai makan sebegini.

Biarpun kini dah memeluk islam, berdasarkan pengalaman itu juga lah, dia juga tahu jika sesebuah kedai itu menipu jika kedai itu katakan tidak meletakkan ramuan-ramuan yang berunsurkan babi dalam makanan mereka.

 

Betul makanan dan minuman tiada babi…tetapi sekali sekala dia goreng babi di minyak goreng chicken chop

“SERVE NO PORK”

“Nasihat saya kepada yang beragama Islam sahaja yang suka makan di tempat yang tertulis “serve no pork” hati hati lah jangan ambik mudah. Betul, menu makanan dan minuman tiada babi, tetapi kamu yakin kuali dan minyak tidak digunakan untuk mengoreng dan masak babi?”

“Pengalaman saya sendiri bekerja di restoran c*** sebelum masuk Islam, dia kata serve no pork tetapi sekali sekala dia goreng babi di minyak pengoreng chicken chop dan guna pisau yang sama potong daging babi yang siap di goreng untuk makanan sendiri. Ayam dan daging dah tentu tidak halal, dah bukan Islam yang sembelih.”

 

Rahsia mee itu sedap kebanyakan menggunakan minyak babi. Pastikan betul betul ada logo halal yang di sahkan oleh jakim baru masuk.

“Lagi satu, jangan ingat ada staff bertudung terus kamu cop tu kedai halal. Pengalaman saya sendiri juga di sarikei dulu, tauke ambik pekerja Indonesia Islam bekerja di restoran.Hari pertama bekerja, staff Indonesia tu kata dia tidak makan babi dan haram bagi Islam, tapi tu tauke boleh gelak cakap ” u jangan makan babi lah, ada ayam” tapi kuali dan sudip di gunakan tempat goreng babi.”

“Kamu tahu, rahsia mee c*** sedap kebanyakan menggunakan minyak babi. Pastikan betul betul ada logo halal yang disahkan oleh jakim baru masuk.”

Tambahnya lagi, ada makanan yang menggunakan pati atau ramuan lain yang berasaskan babi, tetapi dikaburi oleh pengguna kerana rasa dan keenakan pada makanan tersebut.

Buktinya,  Allyssia sendiri pernah mengalaminya sendiri selepas dia memeluk islam. Sebagai orang mualaf, sudah semestinya dia tahu jika sesuatu masakan itu ada meletakkan ramuan babi dalam makanan.

Dari situlah dia mula sedar bahawa istilah serve no pork itu tidak boleh dipercayai.

 

Sekali rasa sup babi bukan sup ikan asli…18 tahun kot saya pernah makan babi takkan rasa minyak dan sup babi tu boleh hilang dalam ingatan

“Kejadian ni saya sendiri pernah rasa beberapa tahun lepas. Tempat viral. Bawa suami dan anak anak makan ke sana. Orang cakap halal. Nasib saya punya oder sup Tom yam (serve no pork) dulu sampai di meja, sekali rasa sup babi bukan sup ikan asli. Saya terus bawa suami dan anak balik tapi tetap bayar biarpun tak makan. Start dari tu saya tidak masuk dah kedai bukan Muslim kalau tiada logo halal.. Kenapa saya boleh tahu??Lapan belas tahun kot saya pernah makan babi takkan rasa minyak dan sup babi tu boleh hilang dalam ingatan dalam beberapa tahun saja saya masuk Islam.:

“Bukan nak menakutkan sekurang kurangnya benda yang saya tahu, saya share nanti di akhirat tiada siapa cari saya sebab tak bagi amaran.Kira bahagian saya dah selesai sekarang. Kamu percaya atau tidak terpulang, janji niat saya tersampai.”

“Hanya untuk Muslim sahaja ya, kawan kawan yang bukan Islam jangan marah sebab tu babi memang makanan anda tetapi haram bagi umat Islam.”

Allahu, sama-samalah kita semua berjaga-jaga dalam memilih makanan, baru terbuka mata bila baca ni. tapi iyelah mungkin tak semua kedai ‘serve no pork’ macam tu, cuma kita kena lebih berhati-hati la kan

 

Baca : ODEN Tak Halal?” – Alamak! Portal Rasmi Halal Dedah Kedai Serbaneka Ini Tak Ada Sijil Halal.

Isazubir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.