in

“Alasannya alahan pada kulit”- Suami Isteri Sorok Tag Pink Covid-19, Naik Motor Pegi Beli-belah

Featured 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyedihkan bila ada lagi golongan yang pakai tag pink Covid-19 namun gagal mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan supaya kuarantin diri mereka dan tidak berada di tempat awam.


Terbaru sepasang suami isteri masing-masing berusia 54 dan 65 tahun bertindak menyembunyikan tag pink kuarantink Covid-19 yang dipakai mereka dengan menanggalkan tag tersebut dan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO).

Pasangan itu ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan panik dan mencurigakan. Hasil soal siasat, mereka mengaku menanggalkan gelang kuarantin atas alasan mengalami alahan pada kulit dan bolos melalui jalan tikus menaiki motosikal untuk membeli barang,”

Quarantine Wristband 120820 Kkm

Ketua Polis Daerah Kangar, Wari Kew berkata pasangan itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang ketika menaiki motosikal untuk pulang ke rumah mereka kira-kira 3.30 petang semalam, lapor FMT.

Bagaimanapun mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

 

Baca : Husky bukan High Risk; Tular Pasangan di Bukit Bendera Konon Pakai Gelang Pink HIGH RISK Rupanya

Baca 9

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.