“Aku tengok pun nyilu…” – Beribu Duri ‘Melekat’ Di Badan, Penunggang Basikal Langgar Lubang Jatuh Atas Kaktus

Tambah ke Sumber Pilihan
“Aku tengok pun nyilu…” – Beribu Duri ‘Melekat’ Di Badan, Penunggang Basikal Langgar Lubang Jatuh Atas Kaktus

Aktiviti berbasikal kian mendapat tempat di hati warga tempatan. Kalau korang memandu pada waktu petang dan malam, korang akan nampak kelibat-kelibat mereka di jalan raya.

Kebiasaannya, mereka yang tak gemar berlari akan memilih aktiviti ini. Selain menyihatkan, berbasikal juga menyeronokkan lebih-lebih lagi jika dilakukan secara berkumpulan.


Tapi, aktiviti ini bahayanya lebih kurang sama saja seperti menaiki motorsikal. Jalan tak rata, hujan, dan jalan berlubang.

Lelaki jatuh langgar lubang, ‘landing’ atas pokok kaktus

Baru-baru ini seorang penunggang basikal amatur dikejarkan ke hospital selepas beribu duri ‘melekat’ di badannya.

Kaktus8Sumber: facebook

Lelaki tersebut, Diego Moreno, dikatakan terleka sedikit semasa kayuhan yang mengakibatkan berlaku kemalangan kecil kerana terlanggar lubang di Buenos Aires, Argentina.

Namun biarpun ia kemalangan kecil, kesannya agak parah kerana dia terjatuh atas timbunan kaktus.

Korang boleh tengok video di bawah. Nyilu sampai ke sini~

Menurut newsflare, semasa kejadian orang ramai berhenti untuk membantunya mengeluarkan duri-duri yang tercucuk. Bagaimanapun, Moreno perlu juga ke hospital kerana durinya sangat banyak!

Tak perasan lubang punca jatuh

Katanya kepada media, dia berbasikal bersama tiga rakannya yang lain namun dia berada di barisan paling akhir. Kemudian, Moreno tidak perasan akan kewujudan lubang kecil di hadapan lalu melanggarnya dan terjatuh.

“Syukur pada waktu kejadian saya memakai kaca mata dan topi keledar. Wajah dan kepala saya tidak mengalami kecederaan. Kalau tidak, sudah pasti mata saya menjadi buta akibat duri pokok kaktus itu.”

Jadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada penunggang basikal. Sentiasa hati-hati!

Baca : “Boleh tembus alam lain ke kalau termasuk lubang tu?” Kecoh! Jalan Sesak Gila Depan Zouk, Rupanya Ada Lubang Besar

Kaktus7

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Kamalya
Lagi tulisan Kamalya
Sepenuh masa mommy kepada anak-anak bulus dan cucu bulus, separuh masa otaku, dan ahli komited persatuan overthinker sedunia. Selain itu, seorang yang kelihatan sentiasa mengantuk, sentiasa.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Aku tengok pun nyilu…” – Beribu Duri ‘Melekat’ Di Badan, Penunggang Basikal Langgar Lubang Jatuh Atas Kaktus
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/aku-tengok-pun-nyilu-beribu-duri-melekat-di-badan-penunggang-basikal-langgar-lubang-jatuh-atas-kaktus/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM