Baru-baru ini, jutawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri telah membuat pengikutnya terkejut apabila memuat naik borang untuk mengisi kekosongan jawatan Perdana Menteri negara ini selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.
Meskipun posting tersebut bersifat jenaka, namun rata-rata netizen telah meninggalkan komen kecaman kerana Dato’ Aliff dianggap tidak sensitif dengan keadaan rakyat pada ketika ini.
https://www.instagram.com/p/CSoVYlBJcA7/?utm_source=ig_embed&ig_rid=9dce5c46-1874-4cbf-ab4e-d407bc886ffe
Bonda Rozita minta anak jangan buat hal
Sebelum ini, Bonda Rozita iaitu ibu kepada Aliff ada meninggalkan komen mengkritik tindakan anaknya.
Namun semalam, dia juga ada merakam sebuah video memberi amaran supaya anaknya tidak membuat perkara yang bukan-bukan yang kini viral di TikTok.
@zaileen6579 adoii nak gelak pun hado..dato2 mcm2 hal la 😇😂..#peningggarrrrrr
♬ original sound – zaileenmohdnor203340 – zaileenmohdnor203340
“Mak takkan benarkan langsung kau punya lawak ni nak jadi perdana menteri Malaysia. Orang tengah sedih tak habis kisah Siti Sarah, baru je PM Muhyiddin letak jawatan. Kau buat hal.
“Apa… borang permohonan jawatan perdana menteri? Kamu boleh tak jangan buat lawak bodoh! Nanti kang huru hara Malaysia. Orang percaya cakap kau tau,” kata Bonda Rozita.
Tambahnya lagi, jika Aliff Syukri menjadi Perdana Menteri ke-9 Malaysia, dialah orang pertama yang jadi pembangkang.
Kau jangan buat hal ya. Akulah orang pertama yang akan jadi pembangkang.
“Daripada aku tak pandai politik, aku akan belajar politik untuk bangkang kau punya perangai ni,” leternya lagi.
“Mak sendiri jadi pembangkang. Baru tau siapa benar”
Gelagat Bonda Rozita ini telah membuatkan netizen geli hati dan bersetuju dengan tindakannya lantang menegur anak jika mereka berbuat salah.
Apa-apapun harap Aliff dengarlah pesanan ibu tu dan marilah kita doakan semoga pemimpin yang terbaik dapat menggalas tanggungjawab sebagai PM ke 9 Malaysia.
Baca: “Doakan semuanya dipermudahkan” – Aliff Syukri Calonkan Diri Sendiri Jadi PM Ke-9?