in

“Aku minta maaf bro” – Alif Satar Komen Status Rakan Artis, Mohon Maaf Kepada Setiap Seorang Sebab Jadi Close Contact COVID 19

Swab Test

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sedia maklum semalam, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar telah disahkan positif COVID 19.



Susulan berita tersebut, Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35) yang sepatutnya berlangsung semalam terpaksa dibatalkan dan rakan artis serta kru yang terlibat perlu mengambil ujian swab test COVID 19 secepat yang mungkin. 

Antara rakan artis yang memuat naik pengalaman melakukan swab test semalam ialah Hael Husaini, Sherry Al Hadad, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Stacy Anam dan ramai lagi yang terlibat.

View this post on Instagram

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

 

“I’m sorry you have to go thru this” 

Merasa sedih dan bersalah atas apa yang berlaku, Alif Satar dilihat meninggalkan komen maaf kepada hampir kesemua rakan artisnya yang mengambil ujian swab test.

Menurut Alif, dia pada asalnya tidak tahu dijangkiti wabak tersebut dan berharap rakan artis yang lain tidak turut dijangkiti sama. Aduh sedih pulak min baca komen dia kat setiap post artis lain. 

Positif

Pun begitu, mujurlah rakan artis yang lain sangat memahami dan mereka tidak sama sekali menyalahkan Alif Satar.

Apa-apapun admin harap kita sama-samalah berdoa semoga mereka tidak dijangkiti wabak ini. Semoga Alif Satar cepat sembuh. Amin… 

Baca: “Semoga cepat sembuh” – Alif Satar Positif Covid-19, Sedang Jalani Kuarantin

4Alif

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.