in

“Aku mabuk, bodoh” – [VIDEO] Lelaki Mabuk Mengamuk Lepas Keretanya Hancur Langgar Belakang Lori, Netizen Suspek Tengah ‘High’

Collage 35

Sekarang ni di media sosial, tengah tular video seorang lelaki yang didakwa mabuk mengamuk selepas keretanya melanggar belakang sebuah lori.

Menurut Sinchew Daily, insiden ini berlaku berhampiran Lebuhraya Plus Bukit Gantang. Dikatakan, lelaki mabuk ini telah melanggar sebuah lori dari belakang.

Bila pemandu lori ini tersedar yang dia telah dilanggar, dia buat keputusan untuk berhenti tepi dan periksa keadaan kereta yang melanggarnya itu.

Namun, bila dia tiba, pemandu kereta tersebut telah memarahinya dan berulang kali menyebut yang dia dalam keadaan mabuk.

Screenshot 2020 08 25 At 12.07.45 Pm

Saya mabuk, aku mabuk, bodoh, mabuk, tak nak minum lagi.”

Pemandu lori yang membuat keputusan untuk mengambil video itu kemudiannya menunjukkan keadaan kereta lelaki ini yang agak teruk selepas melanggar belakang lorinya namun lelaki tu tak menunjukkan apa-apa kecederaan yang serius.

Screenshot 2020 08 25 At 12.08.16 Pm

Jika diperhatikan juga, dapat dilihat sebotol arak ada di sebelah lelaki mabuk itu dan kelihatan kosong. Mungkin dia minum sambil bawak kereta kot?

Melihatkan keadaan lelaki ini, ramai netizen menganggap yang lelaki ini bukan hanya mabuk arak, mungkin juga dia sedang di bawah pengaruh dadah.

Netizen turut meminta pihak polis untuk mencari dan menyiasat lelaki di dalam video ini.

Kalau korang nak tengok video penuh, korang boleh tengok dekat sini.

 

Baca: Penjara Maksimum 20 Tahun, Denda Sehingga 150,000 ‘Hadiah’ Buat Pemandu Mabuk & Menteri Pengangkutan

Screenshot 2020 08 25 At 12.13.02 Pm