“Aku boleh bau gambar ni” – Netizen Dapat ‘Imagine’ Bau Kuat Lepas Tengok Botol Perap Tempoyak Ni Meletup

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Memandangkan sekarang ni musim durian, mesti hantu durian rasa geram dan pembenci rkembang tekak bila tengok nasib malang yang berlaku pada keluarga dari Terengganu ni.

Nak guna isi durian buat tempoyak tapi proses perapan tu separuh jalan je.

 

“Tempoyak meletop katanya berlaku di Terengganu”

Isi durian yang baru sahaja di perap, di simpan dalam botol minyak masak, tiba-tiba masa perap tu isi melimpah sampai botol pecah.

Ok admin bukan penggemar durian dan admin sendiri kembang tekak!

Sampai melimpah satu dapur! Siap ke siling lagi!

 

Sebab Gas?

Menurut penggemar-penggemar tempoyak dekat Twitter, mereka katakan letupan ni berpunca daripada penghasilan gas apabila isi durian segar dicampur dengan sodium (garam).

Malah amaun yang diisi tu kalau diperhatikan memang penut sangat dan ditutup dengan rapat. Patutnya kalau baru perap tak boleh tutup rapat sangat.

Sedangkan durian yang belum buka tu bau dah kuat apatah lagi kalau dah diperap lepastu isi melimpah, netizen dapat bayangkan bau dia, ada yang terngiang-ngiang.

 

Aku dapat bau gambar ni – Netizen

Tweet yang meraih lebih daripada 4,500 perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi netizen, masing-masing terbayangkan bau rumah tuan badan tu macam mana.

Rasa kesian ada, kelakar pun ada, kembang tekak pun ada. Tapi penggemar tempoyak mesti rasa macam membazir kan?

 

Baca : “Otak letak kat lutut”- Datang Event Makan Durian Free, Tapi Yang Datang Kurang Ajar & Tak Beradab

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.