in

Aktiviti Sukan Tanpa Sentuhan Fizikal Dibenarkan Ketika PKP, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Cover 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan untuk beberapa daerah di negeri yang terpilih, dan difahamkan aktiviti sukan adalah tidak dibenarkan.



Namun pada malam semalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan terdapat beberapa kelonggaran untuk aktiviti sukan dan rekreasi dalam kawasan yang dikenakan arahan PKP.

Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mempertimbangkan rayuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melihat semula keputusan mengenai SOP sektor sukan dan rekreasi.

Aktiviti sukan dan rekreasi boleh dilakukan di kawasan terbuka tanpa berlakunya persentuhan fizikal. Antara contoh sukan yang disebut adalah joging, berbasikal, dan senaman.

970406

Aktiviti ini pula perlu mematuhi dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangya 1.5 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan, atau mana-mana kawasan dalam daerah yang sama.

Sehubungan itu, YB Dato’ Sri Reezal Merican menzahirkan rasa penghargaan kepada ahli Sidang Khas MKN khususnya YAB Perdana Menteri kerana memberi pertimbangan terhadap cadangan KBS.

“Kita masih lagi belum menang dalam melawan penularan COVID-19. Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaan PKP pada kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan”

Buat anda yang gemar bersukan, pastikan anda patuhi SOP yang ditetapkan okay!

 

Sumber: KBS Malaysia

BACA: Bazar Ramadan & Raya Di KL Tetap Diteruskan Walaupun PKP

Capture 30

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.