Pelindung Keselamatan Wajib Bagi Peserta Sukan Tempur Bawah 15 Tahun – KBS

Tambah ke Sumber Pilihan
Pelindung Keselamatan Wajib Bagi Peserta Sukan Tempur Bawah 15 Tahun – KBS

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah acara sukan MMA yang melibatkan beberapa orang kanak-kanak. Apa yang membimbangkan warganet adalah apabila peserta kanak-kanak tersebut tidak memakai pelindung keselamatan.

Terkini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan kenyataan bahawa KBS melarang kanak-kanak bawah 15 tahun untuk menyertai atau terlibat dalam acara sentuhan penuh atau sukan tempur seperti Muay Thai, MMA, tinju dan kickboxing tanpa memakai pelindung keselamatan, lapor Sinar Harian.


Selain itu, menurut Hannah Yeoh iaitu Menteri Belia dan Sukan juga, atlet bawah 15 tahun hanya dibenarkan untuk menyertai sukan tempur seumpama itu dalam kejohanan rasmi anuran Persatuan Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

1Sumber: Free Malaysia Today

Artikel Berkaitan: Tular Pertandingan MMA Libatkan Kanak-kanak, Johan Ghazali Tampil Beri Teguran

Artikel berkaitan : “Soalan tu trap” – Dakwa Silat Olahraga ‘Fight Tak Real’, Johan Ghazali Kecewa Kenyataan Disalah Erti

Penyertaan kanak-kanak bawah 15 tahun dalam sukan-sukan berkenaan juga haruslah mengikut peraturan badan pengelola kebangsaan masing-masing.

Difahamkan, pihak kementerian juga berkuasa di bawah Akta Pembangunan Sukan untuk memasstikan acara sukan berjalan dengan selamat dan teratur sekaligus mahu meastikan sukan seumpama itu melindungi kebajikan atlet terutamanya atlet kanak-kanak.

Sumber: Sinar Harian, Facebook Hannah Yeoh

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pelindung Keselamatan Wajib Bagi Peserta Sukan Tempur Bawah 15 Tahun – KBS
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/%e2%81%a0kanak-kanak-bawah-15-tahun-tidak-boleh-sertai-sukan-tempur-jika-tidak-pakai-pelindung-keselamatan-kbs/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM