in

Akibat Terlalu lapar, 3 Penyamun Kantoi Pecah Masuk Rumah Curi Makanan Pukul 5 Pagi

Rompak Rumah Sebab Lapar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak perkara yang menjadi motif untuk melakukan sesuatu jenayah, terbaru sekumpulan tiga orang penyamun bertindak memecah masuk rumah untuk mencuri makanan kerana dikatakan terlalu lapar.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut difahamkan berlaku di Jalan Stampin Tengah, Kuching, Sarawak.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah nenyatakan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah berkenaan memaparkan tiga suspek bertopeng dikesan menceroboh bahagian dapur kira-kira 5.20 pagi.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit mencuri pelbagai jenis makanan dari rumah tersebut.

“Hasil maklumat risikan, kira-kira 5.20 pagi semalam pasukan Task Force Counter AggresiveTeam (CAT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menahan seorang suspek yang disyaki terbabit dalam kes itu.

Hasil semakan mendapati suspek memiliki empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya.

Selain itu, saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan pihak polis turut menemui sembilan peralatan memecah rumah antaranya tukul, pemotong besi, playar, pemutar skru, pengumpil, gunting dan parang.

“Ketika ini polis sedang giat mengesan dua lagi suspek yang masih bebas,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, denda serta sebat.

Baca: Perompak Didakwa Rosakkan Mesin ATM, Curi RM47K Dari Warga Emas

Rompak Rm 46000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.