in

[VIDEO] Wanita Diserang 2 Penyamun Depan Kedai Dobi, Tangan Cedera Terkena Libasan Pedang Samurai

Pedang Samurai Samun Dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para wanita di luar sana, berhati-hatilah kalau berseorangan di dalam kereta ketika lewat malam atau awal pagi.


Tular semalam sebuah video di X memaparkan dua lelaki bertopeng dan bersenjata pedang samurai dilihat mendekati kereta yang dipandu seorang wanita sambil salah seorang daripadanya cuba membuka pintu di bahagian pemandu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 pagi berdekatan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, mangsa dilihat bertindak pantas dengan mengundurkan kenderaannya sehingga merempuh sebuah kenderaan lain sebelum bergerak laju meninggalkan tempat kejadian.

Panik dengan situasi itu, dua penyamun itu juga dilihat beredar menaiki sebuah kenderaan lain yang menunggu mereka di arah bertentangan.

Artikel berkaitan: 2 Lelaki Pakistan Ditahan, Kes Samun & Rog*l Wanita Di Jejantas KTM Serdang

Artikel berkaitan: “Pecah masuk ikut bumbung” – Tiga Pelajar Sekolah Samun Warga Asing, Siap Rakam Lagi!

Mangsa putus urat tangan terkena libasan pedang samurai

Menurut laporan, wanita berkenaan mengalami putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai ketika kejadian itu berlaku.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 36 tahun itu sedang memandu kereta ke tempat kerja.

Kereta mangsa kemudian telah disekat sebuah kereta sebelum dua lelaki bersenjatakan pedang samurai keluar dan menuju ke kereta mangsa.

Cms3 768X403 1

Suspek bertindak memecahkan cermin hadapan, tingkap kiri serta kanan kereta mangsa menggunakan pedang itu yang kemudian turut terkena tangan mangsa,” katanya.

Namun mujurlah mangsa berjaya menyelamatkan diri dan bergerak terus ke Balai Polis Masjid Tanah.

Wanita terbabit kemudian mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Masjid Tanah sebelum dihantar ke Hospital Melaka.

Hasil siasatan awal, mangsa mengatakan bahawa dia tidak mengenali suspek serta tidak bergaduh dengan sesiapa kebelakangan ini.

“Siasatan juga mendapati kereta milik mangsa mengalami kerosakan di cermin pintu hadapan kiri dan kanan serta di cermin hadapan selain terdapat kesan langgar di bahagian belakang,”  kata polis lagi.

Mangsa bagaimanapun tidak kehilangan barangan berharga dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba merompak dan Seksyen 427 kanun sama kerana khianat.

Berhati-hatilah walau di mana kita berada. 

Sumber: X, Astro AWANI

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.