in

[VIDEO] Suri Rumah Dipukau Masa Beli Barang Dapur, RM10k & Barang Kemas Lesap!

Wanita Dipukau Rm10K Lesap 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni bermacam taktik baharu yang digunakan oleh penyamun untuk menjalankan kerja kotor mereka.


Sampai ada di antara mereka yang sanggup menggunakan taktik ‘pukau’ supaya mereka dapat mengawal pergerakan dan tindakan mangsa mereka.

Macam baru-baru ini, telah tular di media sosial Instagram milik, @snbmy, yang memaparkan seorang wanita telah dipukau oleh 3 orang penyamun.

Difahamkan kejadian ini berlaku semasa mangsa sedang membeli barangan keperluan rumah di salah sebuah kedai di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.

RM16k hilang lepas kena pukau?

Menurut Utusan TV, mangsa, Siti Abd Hamid, 56 tahun mendakwa dua wanita secara tiba-tiba menghampirinya sebelum memegang lengan kanannya sehingga menyebabkan dia pening dan tidak sedarkan diri.

C0F66Fef A5F3 4237 Ac77 48C6045585C4 696X522 1

Anak mangsa, Mohd Hairy Mohd Yunus berkata, ibunya kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki sebelum suspek perempuan mengacukan pisau ke arahnya dan meminta barangan kemas miliknya.

Bukan itu sahaja, suspek sempat bertanya sama ada mangsa mempunyai wang atau tidak tetapi mangsa memberitahu yang dia hanya membawa kad bank sahaja.

Susulan daripada itu, mangsa telah dibawa ke mesin teler automatik (ATM) yang berada di dalam sebuah stesen minyak untuk mengeluarkan wang tunai sebanyak RM10,000.

Setelah mereka berjaya mengambil wang tersebut dari mangsa, suspek telah meninggalkan mangsa di sebuah bank berdekatan Taman Desa Cemerlang.

Pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat telah mengesahkan kejadian itu dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Diharapkan semua orang di luar sana untuk lebih berhati-hati semasa pergi ke kedai seorang diri.

Baca : “Sembunyikan lanyard, dia target masa pay day” – Individu Kongsi Modus Operandi Orang Pukau Duit

Ft Pukau Nak Duit Cari Orang Pakai Lanyard 1 758X399 1

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.