in

“Akhirnya ada pun yang cakap” – Dikatakan Kurang Memuaskan, Lelaki Ini Hentam Persembahan ‘Live’ K-Clique

Feature K Clique

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni industri muzik Malaysia memang boleh dikatakan sedang didominasi oleh muzik hip hop. Ramai individu atau kumpulan yang menyanyikan lagu bergenre itu muncul.


Baru-baru ini, sempena menyambut jualan 11.11, Lazada ada mengadakan sebuah konsert yang disiarkan secara langsung di stesen TV tempatan.

Antara yang membuat persembahan di konsert itu adalah sebuah kumpulan penyanyi lelaki K-Clique, yang terkenal dengan lagu Mimpi.

K Kelik
Sumber: google

Namun biasa lah, lumrah menjadi selebriti, mesti akan ada pihak yang tidak akan suka.

Seorang lelaki yang menggunakan nama Mohd Zailee telah memuat naik komen mengenai persembahan kumpulan itu di laman Facebooknya.

Baru lepas tengok persembahan K-Clique malam tadi kat Youtube. Yang event Lazada tu kat TV3 malam tadi. Sampah gila…

Posted by Mohd Zailee on Sunday, November 10, 2019

 

Dia berkata sebagai seorang penyanyi sepatutnya mereka tidak menggunakan playback ketika membuat persembahan terutama bila persembahan itu adalah secara live.

“Baru lepas tengok persembahan K-Clique malam tadi kat Youtube. Yang event Lazada tu kat TV3 malam tadi. Samp*h gila group ni. Nyanyi pakai playback manjang.

“Isu pakai playback ni aku dari dulu tak suka. Mungkin sebab aku menggemari irama rock. Setiap band rock kena nyanyi live dengan muzik yang mereka sendiri mainkan. Sebab tu aku tak boleh masuk dengan benda gini.”

Tambahnya, dia turut mempersoalkan bagaimana kumpulan itu boleh mendapat jutaan tontonan video muzik lagunya walaupun menyanyi live sebegitu.

Dia turut berkata, alasan penat juga tidak boleh dikaitkan kerana ramai je penyanyi lain yang mampu membuat persembahan dengan lebih baik walaupun dalam keadaan yang penat.

“Pernah tengok live performance band At The Drive In? Boleh sesak nafas kalau tengok depa. Tapi rilek gitu je la. Live terus 10 buah lagu.”

Lelaki ini turut memberikan pujian kepada penyanyi rap wanita iaitu Zizi Kirana yang mampu menyanyi dengan baik pada malam itu dan dia juga menyanyi rap tanpa menggunakan playback.

Zizi 1
Sumber: instagram

Ramai juga netizen yang sependapat dengan kenyataan lelaki ini yang mana mengatakan bahawa  cuma beberapa orang sahaja dalam kumpulan itu yang boleh menyanyi rap dengan baik.

 

Apoooo
Sumber: twitter

Sapa pernah dengar K-Clique nyanyi live?

 

Baca: “Sabarnya dia, still santai” – Video MK ‘Backup’ Penonton Dibelasah Sebab Bagi Jari Tengah Masa Dia Perform Dipuji

Mk Yow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.