“Sabarnya dia, still santai” – Video MK ‘Backup’ Penonton Dibelasah Sebab Bagi Jari Tengah Masa Dia Perform Dipuji

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Viral di media sosial apabila video yang menampakkan seorang lelaki dipukul oleh penyanyi rap yang namanya kini semakin naik Muhammad Hairi Amin Bin Hamdan atau lebih mesra dengan panggilan MK dari kumpulan K-Clique dikatakan belasah penonton.

 

Tunjuk jari tengah masa perform

Kurang pasti lokasi kejadian, tapi 2 rakaman video yang dikongsikan oleh @nikaddam berdurasi 7 saat ini dilihat, MK sedang membuat persembahan, saat dia ingin menuju ke sorang penonton (tuan badan yang rakam) untuk berinteraksi, pemuda itu tiba-tiba bagi isyarat ‘jari tengah’ kepadanya.

Mk dilihat begitu mesra dan terbuka dengan kelakuan biadap lelaki tersebut, namun dalam rakaman video kedua berudrasi 15 saat ini menunjukkan sekumpulan pemuda mengerumuni lelaki tersebut dan belasah lelaki tersebut.

Rakaman itu juga menunjukkan MK sedang diiringi oleh beberapa individu yang bawanya masuk ke kenderaan saat melalui tempat kejadian penonton tu sedang dipukul.

Ada netizen dakwa yang MK ni tak boleh terima kena kutuk sebegitu dan bawa kuncu-kuncunya untuk ‘kerjakan’ pemuda tersebut.

Sumber : Twitter

Namun begitu, ada cerita lain disebalik kejadian dalam video tersebut, saat MK sedang melalui kawasan itu, MK cuba untuk leraikan agar penonton itu tidak terus dipukul oleh krew-krewnya.

Korang boleh tengok kat sini.

 

Still santai even ada yang membenci”

Perkongsian itu di retweet oleh MK sendiri, dalam masa yang sama, MK juga ada tampil beri kenyataan tersebut.

 

Tak tau cerita yang langsung tak tau apa-apa , ambil keputusan paling bodoh untuk buat dan reka cerita” – MK

Sumber : Twitter

Memandangkan video ini baru lagi, bermacam-macam reaksi netizen di media sosial sekarang, ada yang back up malah ada juga yang kecam.

Harap MK dapat perjelaskan situasi sebenar yang terjadi bagi mengelakkan berlakunya kekecohan dan kepincangan dalam menjaga nama baik sendiri yang semakin dikenali.

 

Baca : “Nampak je macam gangster” – [Video] Netizen Cair Tengok MK Lemah Lembut Dengan Mak Sendiri & Orang Tua

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?