in

Akaun FB Pusat Khidmat DUN Kijang Digodam, Penuh Gambar Bukan-bukan

Ft Dun Kijang Punya Fb Kena Hack

Hangat diperkatakan di media sosial berkenaan dengan akaun Facebook milik salah seorang Adun Kelantan, ianya tular berikutan dengan paparan imej dan video lucah pada akaun tersebut.

Akaun Pusat Khidmat DUN Kijang yang mempunyai lebih 25,000 pengikut itu didapati memuat naik banyak gambar atau video pendek yang berunsurkan seksual.

Artikel berkaitan : Kad Kredit Rakyat Israel Didakwa Digodam ‘Hacker’ Malaysia, Netizen Siap Buat Beli iPhone

Artikel berkaitan : Muat Naik Tweet Tak Sensitif Selepas Kematian Salahuddin Ayub, Dominic Lau Dakwa Twitter Digodam

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Adun Kijang, Izani Husin, mengesahkan akaun Facebook pusat khidmatnya itu digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Screenshot 2024 04 17 131356

Jelasnya lagi perkara itu mula disedari telah berlaku sejak sebulan lalu lagi dan usaha untuk menyelamatkan akaun tersebut belum berjaya setakat ini.

“Ya digodam. Kami dah buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya hari ini.

Sementara itu seorang pegawai kepada exco kerja raya, infrastruktur, air dan pembangunan luar bandar Kelantan itu berkata, akaun tersebut pada asalnya diurus oleh beberapa kakitangan pejabat DUN Kijang.

Namun kata pegawai terbabit kesemua mereka tidak lagi mempunyai akses terhadap akaun Facebook tersebut selepas ia digodam.

“Susulan itu kami buka satu akaun Facebook baru dengan nama yang sama,” katanya.

Sepanjang artikel ini ditulis, min dapati akaun tersebut masih lagi dipenuhi dengan imej-imej sebegitu, harap-harap ramai-ramai boleh report page tu supaya dapat dilupuskan.

Sumber : X, Malaysiakini