in

“Tolong hack i-Sinar” – ‘Anonymous Malaysia’ Beri Amaran Pada Kerajaan, Raih Perhatian Netizen

Pjimage 2021 01 26T142744.069

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas berdiam diri selama enam tahun, kumpulan penggodam aktivis mendakwa diri mereka Anonymous Malaysia memberi amaran yang dorang akan lancarkan serangan ke atas laman web kerajaan tak lama lagi dengan menamakan tindakan mereka sebagai #OpsWakeUp21


Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, kumpulan ini mengatakan tindakan dorang adalah untuk memberi kesedaran kepada kerajaan bagi menambah baik sistem untuk mengelakkan kebocoran data.

Screenshot 2021 01 26 At 4.11.09 Pm

Sistem sekuriti anda lemah, semua data akan bocor dan boleh menyebabkan penggodam jual data peribadi.”

Tambah individu di dalam video itu lagi, isu kebocoran data telco, penipuan (scam) dan laman web Angkatan Tentera Malaysia digodam menunjukkan yang kerajaan tak memandang serius dalam melindungi data-data ini.

Mereka tak kembangkan kemampuan mereka, tak nak cuba benda baru dan tak mahu kenal dan belajar dari kesilapan yang lepas.

Kami dah lama berdiam diri, dah tiba masanya untuk buka mata. Kami ramai, kami tak memaafkan, kami tak lupa, nantikan kami!”

Screenshot 2021 01 26 At 4.20.24 Pm

Menurut The Star, pakar meminta agar kerajaan mengambil serius tentang perkara ini dan membuat tindakan serta memastikan data disimpan dan dijaga dengan betul.

Walaupun tindakan dorang ni kegiatan haram, ia perlu diambil secara serius dan badan kerajaan perlu mengambil langkah bagi memastikan data dilindungi supaya kumpulan ini tak ada peluang untuk dedahkan data yang kritikal atau memalukan.”

Untuk pengetahuan korang, pada tahun 2015, Anonympus Malaysia mendakwa yang mereka akan melancarkan perang internet ke atas kerajaan yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum pihak polis menahan tiga remaja berusia 18-21 tahun di Johor Bahru bagi membantu siasatan.

Video yang dimuat naik oleh Anonymous Malaysia ini telah pun mendapat perhatian ramai dan setakat ini video tersebut telah dikongsi hampir 1,000 kali.

Screenshot 2021 01 26 At 4.02.28 Pm Down

Pun begitu, tak dapat dipastikan sama ada Anonymous Malaysia ada kena mengena atau tak dengan gerakan penggodam dunia, Anonymous yang telah bertanggungjawab dalam beberapa insiden menggodam keselamatan siber di seluruh dunia.

 

Baca: “F*ck you botak” – Akaun Twitter MCMC Didakwa Kena ‘Hack’, Netizen Jumpa Puluhan Tweet ‘Rempit’ Mesej Mencurigakan

Screenshot 2021 01 26 At 4.23.13 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.