in

Anonymous Malaysia Antara 11 Individu Yang Dicekup Sebab ‘Hack’ Laman Web Kerajaan

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak, sebelum ini agak kecoh juga lepas tular satu video di Facebook dari kumpulan yang dikenali sebagai “Anonymous Malaysia” memberi amaran kepada kerajaan yang dorang akan godam laman web sekiranya kerajaan tak ambil langkah berjaga-jaga untuk ketatkan lagi kawalan siber mereka.


Ekoran dari ini, pihak polis kini telah pun menahan seramai 11 individu dipercayai terlibat dalam menggodam sistem komputer kerajaan dalam tujuh serbuan yang dibuat di seluruh negara.

Serbuan yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, selepas melakukan intipan sejak seminggu lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah, semua suspek yang ditahan ini adalah berusia dari 20 hingga 40 tahun dan antara yang ditahan juga merupakan admin akaun Facebook Anonymous Malaysia yang pernah tular sebelum ini, lapor Harian Metro.

Screenshot 2021 02 19 At 12.08.20 Pm

Tangkapan dibuat ekoran ugutan dan ancaman oleh kumpulan berkenaan untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

“Pada masa ini pihak polis masih lagi dalam proses menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengenal pasti saki-baki suspek lain sebelum proses tangkapan susulan dilakukan.”

Tambahnya lagi, kesemua suspek ini disyaki menjalankan serangan siber terancang terhadap laman web kerajaan dan swasta.

Kita tak tolak kemungkinan sebanyak 17 laman web telah diceroboh.”

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari suspek yang ditahan, mereka juga disyaki terbabit melakukan pencerobohon ke atas tiga sistem kerajaan negeri Johor, Sabah dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

 

Baca: “Tolong hack i-Sinar” – ‘Anonymous Malaysia’ Beri Amaran Pada Kerajaan, Raih Perhatian Netizen

Screenshot 2021 02 19 At 12.20.18 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.