in

“Aina nak semua gambar dan video bogel Aina tersebar satu dunia?”

2 2

Siapa sahaja yang tidak miliki telefon bimbit pada zaman sekarang kan? Rata-ratanya pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit dan akan bersama mereka ke mana-mana sahaja. Benar, telefon bimbit ini memudahkan hampir 100% kerja seharian kita. Tetapi sekiranya kita gunakan ia dengan cara yang salah, hancur lah hidup kita.

Seperti satu perkongsian di media sosial baru-baru ini, seorang wanita teleh meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila dia telah menjumpai gambar serta video bogel seorang remaja yang masih bersekolah.

“Saya terjumpa smartphone itu tanpa sengaja. Tiada security lock, justeru mudah sahaja saya meneliti kandungannya..”

“Satu per satu chatnya saya baca. Semua video dan gambarnya saya lihat dengan mata berkaca. Luluh hati ini!”

3 1
gambar hiasan

Itulah luahan wanita ini, yang dikenali sebagai Nor, apabila mendapati telefon bimbit yang dijumpai itu adalah dimiliki oleh seseorang yang dikenalinya. Tambahnya, hubungannya bersama gadis tersebut sangat akrab bagaikan ibu dan anak.

“Mujur umi yang jumpa handphone ni! Kalau orang lain yang jumpa macam mana? Aina nak semua gambar dan video bogel Aina tersebar satu dunia?”

Menurut Nor, Aina (bukan nama sebenar) adalah seorang pelajar sekolah agama. Dia bertudung labuh, baik serta sopan sikapnya. Keluarganya juga dikenali ramai. Kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapanya juga cukup sekali.

1 4
gambar hiasan

“Allah takdirkan saya melihat gambar-gambar bogelnya, video-video lucah dengan aksi ghairahnya. Dikirimkan kepada teman lelakinya”

“Segala chat yang ada saya baca. Gambar dan video lucah bersepah. Macam sampah di pusat pembuangan sampah! Saya rasa nak muntah!

Menurutnya, berulang kali dia bertanya kepada Aina bagaimana semua ini boleh terjadi. Malangnya Aina hanya menggelengkan kepala tanpa mengeluarkan sebarang jawapan. Dapat dilihat wajah takut dan kesal dari gadis remaja tersebut.

“Allah nak Aina berhenti dari buat semua ini sebelum jadi sesuatu yang lebih teruk lagi. Aina hanya setapak saja lagi dari zina!”

5
gambar hiasan

Wanita ini menyifatkan bahawa apa yang terjadi ini sebagai salah satu cara Allah menegur gadis tersebut daripada meneruskan ‘kerja’ ini. Sememangnya, perkara inilah yang ditakuti oleh ibu bapa di luar sana.

Dia turut berpesan agar ibu bapa di luar sana agak tidak memandang remeh dengan perkara ini. Dia meminta agar sentiasa memantau dengan siapa anak mereka sering berchatting, kerana rakan boleh membawa pengaruh besar kepada anak-anak.

“Didik anak kamu dengan zaman mereka, bukan dengan zaman kamu. Mereka anak-anak kita, kita ada hak dan kuasa.”

Harapnya ibu bapa di luar sana, tidak mengambil perkara ini secara sambil lewa. Sentiasa awasi anak-anak kalian ya..

Baca: Gempar! Budak 12 Tahun Beranak Hasil Hubungan Seks Dengan Kekasih Baru Berusia 15 Tahun

Gamba