‘Aim’ Nak Rompak Wanita , Rupa-rupanya Mangsa Ada ‘Martial Art’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kecil bukan kecil ye! Ini salah satu contoh untuk kita semua supaya tak pandang rendah dengan saiz fizikal seseorang tu. Seorang lelaki terpaksa menanggung malu dan menahan kesakitan sebab cubaan merompak dia gagal, lapor Nextshark.

Kejadian berlaku dekat Brazil pada 13 November dan Magdiel da Silva Lima, 18, dikatakan jadikan seorang gadis bersaiz kecil sebagai sasaran.

Sumber: Youtube

Mangsa, Sabrina Leite ketika tu berada di depan rumah yang terletak dekat Jorge Teixeira, salah satu bandar di Manaus. Dia kemudian didatangi dua lelaki bermotosikal. Magdiel terus mendekati Sabrina dan paksa gadis tu untuk berikan handphone dia.

Tapi, tanpa disangka gadis berusia 22 tahun tu merupakan pakar seni mempertahankan diri Brazil dipanggil jiu-jitsu. Sabrina yang tidak terus cemas pada masa tu terus campak phone dia ke dalam rumah dan kejar Magdiel yang tengah menuju ke motosikal semula.

Sumber: Jiu Jitsu Brotherhood

Seorang jiran yang tengah pandu kereta nampak kejadian tu dan dia terus langgar Magdiel. Sabrina kemudian menggunakan kesempatan tu untuk beri ‘pengajaran’ kepada Magdiel dan terus ‘wrestling’ dia.

Situasi tu telah berjaya dirakam dan kini video tersebut jadi viral di mana orang ramai semua mentertawakan Magdiel. Dalam video tu boleh dilihat dia tengah kesakitan dan struggle untuk lepaskan diri sambil Sabrina kepit dia antara dua kaki dan pulas pergelangan tangan Magdiel.

Ketika menceritakan semula detik kejadian tu, Sabrina akui yang dia berani bertindak sebab dapat tahu perompak tersebut tiada senjata.

Saya dapat rasa yang mereka tiada apa-apa (senjata), mereka cuba datang dan terus sergah dengan berkata ‘berikan telefon itu’. Saya nampak mereka tiada apa-apa dan sebab tu saya bertindak. Kalau mereka bersenjata, memang saya tak akan bertindak.”

Sumber: Youtube

Sabrina kepit Magdiel dengan posisi macam tu selama 20 minit sampai pihak polis tiba di tempat kejadian. Magdiel kemudian ditahan reman dan didakwa dengan percubaan merompak.

Padan muka! Confirm dia menyesal habis, malu pun dapat!

Baca: “Nak merompak tapi bebal” – Siap Bawa Senjata Nak Rompak Tapi Jadi Bahan Ketawa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!