Ahli Lembaga Pengarah MYAirline Ditahan Polis, Didakwa Terbabit Pengubahan Wang Haram

Tambah ke Sumber Pilihan
Ahli Lembaga Pengarah MYAirline Ditahan Polis, Didakwa Terbabit Pengubahan Wang Haram

Ahli lembaga pengarah untuk sebuah syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd,  telah ditahan oleh pihak polis selepas dia disyaki terbabit dengan kes pengubahan wang haram.

Lelaki yang bergelar datuk berusia 57 tahun itu telah ditahan bersama isterinya, 55, dan anak lelaki yang berusia 26 tahun.


Artikel Berkaitan : “Hack data Jabatan Imigresen” –  Ketua Sindiket Bergelar Datuk Ditahan, Jual Pas Palsu Kepada Warga Asing

Artikel Berkaitan : Berparti Liar Di Janda Baik, Datuk Seri Antara 25 Yang Ditahan & Positif Dadah.

Screenshot 2023 10 18 151033

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata,  mereka ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Tangkapan dilakukan kira-kira 5.30 petang di Shah Alam, Selangor.”

Difahamkan, JSJK akan mendapatkan perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek selama 4 hari. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan kegiatan ahli perniagaan ini yang dikatakan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan menjadikan syarikat penerbangan sebagai tempat untuk ‘mencuci duit’.

Screenshot 2023 10 18 150857

Pendedahan itu juga mendakwa suspek yang mempunyai beberapa syarikat lain turut terbabit dalam aktiviti penipuan.

Suspek dikatakan pernah dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), selain disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan polis.

Sumber: Harian Metro, FMT

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Ahli Lembaga Pengarah MYAirline Ditahan Polis, Didakwa Terbabit Pengubahan Wang Haram
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ahli-lembaga-pengarah-myairline-ditahan-polis-didakwa-terbabit-pengubahan-wang-haram/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM