in

“Ada kesan jerut, disumbat dalam bagasi” – Ahli Perniagaan Ditemukan Maut Di Cerun Setinggi 27 Meter

Ahli Perniagaan Dibunuh

Seorang ahli perniagaan maut dipercayai menjadi mangsa bunuh telah dijumpai di cerun bukit Hulu Langat dalam keadaan tangan terikat dan disumbat dalam sebuah bagasi.

Menurut Harian Metro, mangsa merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an, ketika ditemui mayatnya lengkap berpakaian dengan kesan jerut cable tie di leher.

Difahamkan, penemuan mangsa susulan tangkapan ke atas beberapa suspek selepas rakan serumah mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangannya pada 26 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata Polis Daerah Kajang menerima laporan daripada pengadu (rakan serumah mangsa) berhubung kehilangan ahli perniagaan itu.

Cats 3

 

“Pengadu memberitahu, mangsa seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian klinik kesihatan persendirian menghilang diri, tidak dapat dikesan selepas bertemu seorang rakan perniagaan jam 11 pagi hari sama di Semenyih.

Menurut laporan pengadu, sebelum kehilangannya mangsa ada menghantar satu pesanan ringkas melalui telefon bimbitnya dan meminta pengadu memasukkan wang mangsa ke satu akaun syarikat yang tidak dikenali berjumlah RM228,000.

Bagaimanapun pengadu yang curiga tidak memasukkan wang berkenaan sebagaimana diarahkan,” katanya.

Selepas itu, telefon bimbit mangsa gagal dihubungi dan perkara itu membimbangkan serta membuatkan ahli keluarganya berasa curiga.

“Susulan itu, pada 4 petang 27 April lalu, polis menangkap tiga lelaki dan dua perempuan warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 40 tahun sekitar Kajang dan Ampang.

Suspek membawa polis ke lokasi penemuan mayat mangsa dan merampas beberapa barangan berkaitan kejadian seperti lima telefon bimbit termasuk milik mangsa, sebuah Perodua Axia milik suspek yang ditangkap.

Kes yang pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan, diklasifikasikan semula kepada kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya lagi, hasil siasatan mendapati motif kejadian adalah disebabkan suspek mahu mendapatkan wang perniagaan milik mangsa bagi tujuan perundangan.

Suspek utama yang merupakan seorang kontraktor mengakui terdesak kerana ada masalah kewangan, lalu mendapat idea untuk melakukan pemerasan. Bagaimanapun, hanya RM 20,000 sahaja wang dipindahkan kepadanya.

Hasil pemeriksaan bedah siasat mendapati, punca kematian mangsa disebabkan kecederaan jerutan di leher menyebabkan saluran pernafasan tersekat.

Baca: Bekas Isteri Polis Thailand Ditahan, Bunuh 12 Rakan Dengan Racun Sianida

Bekas Polis Racun 12 Rakan

Sumber: The Edge