in

Ahli Arkeologi Dakwa Temui Kapal van der Wijck Di Dasar Laut Indonesia

Cover 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya” – Hamka. 1938 (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck)

Jika anda pernah membaca dan menonton filem Tenggelamnya Kapal van der Wijck, pasti anda pernah mendengar ayat di atas yang diungkapkan oleh Zainuddin kepada Hayati.



Bercerita tentang kapal ini, ahli arkeologi dari Pusat Pemuliharaan Warisan Budaya Jawa Timur (BPCB) mendakwa mereka telah menemui bangkai Kapal van der Wijck yang tenggelam pada tahun 1936 di dasar laut Indonesia.

Monumen Van Der Wicjk1.jpg5 .jpg 630X380 1

Menurut salah seorang ahli arkeologi, Jatim Wicaksono Dwi Nugroho, dia yakin bahawa 75 peratus bukti yang ditemui semasa eksplorasi tersebut adalah bahagian Kapal van der Wijck.

“Secara pribadi saya meyakini 75 persen dari berbagai bukti yang ada, bahwa kapal yang kita eksplorasi ini adalah Kapal van der Wijck,” kata Wicaksono.

Antara bahagian kapal yang ditemui adalah bahagian belakang kapal, cerobong wap, cerucuk, tangga dan peti kargo. Meskipun mereka yakin bahawa bangkai kapal tersebut adalah Kapal van der Wijck, kerja-kerja identifikasi akan tetap dijalankan.

Tujuan asal eksplorasi ini adalah untuk mendokumentasi bangkai kapal lagenda tersebut. Hasil kajian pula akan digunakan untuk mengesahkan adakah bangkai kapal tersebut adalah sebahagian daripada Kapal van der Wijck.

Untuk rekod, Kapal van der Wijck dianggap sebagai kapal moden pada zaman dahulu dan namanya diambil sempena nama Gabenor Jeneral Hindia Belanda, Jonkheer Carel Herman Aart van der Wijck.

 

Kredit: Detik

BACA: “Sampah!” – Teori Persamaan Kisah Sufian & Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Buat Netizen Meluat

Capture 11

Sumber: JejakPiknik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.