in

Agong Tak Beri Anugerah Kebesaran Pada Tahun Ini Sebab…

Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu, tiap-tiap tahun pada hari sambutan keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, baginda pasti akan mengurniakan darjah kebesaran kepada mereka yang telah disenaraikan.


Namun kali ni menurut Malaysiakini, YDP Agong dilaporkan tidak akan mengurniakan sebarang darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda pada 9 September nanti. Perkara ni jugak telah disahkan seorang pegawai di pejabat Perdana Menteri.

Dczlgmdu0Aap2Gd
sumber: twitter

“(Sambutan) hanya ada titah daripada Agong dan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata sumber.

Malah perkara ni jugak dikatakan pertama kali berlaku di mana belum pernah lagi Agong pada sebelum ni tidak mengurniakan sebarang darjah kebesaran pada hari keputeraannya.

Difahamkan juga ia berpunca daripada senarai penerima tahun ni yang telah disediakan pentadbiran lalu akan disemak semula. Uh-oh! Hal ni jugak ada disebut oleh bekas menteri Tan Sri Rais Yatim di Twitter peribadinya semalam.

Pada tahun lepas, 48 individu telah dianugerahkan dengan title Tan Sri dan tiga individu iaitu bekas Presiden MIC Sammy Vellu, bekas Timbalan Presiden MCA Michael Chen dan Ketua Hakim Negara Md Raus Shariff mendapat gelaran tertinggi iaitu Tun.

Harap senarai individu yang bakal terima gelaran ni dikemaskini dengan lebih ketatlah supaya mereka yang benar-benar layak dapat gelaran tersebut. 

Baca: [VIDEO] Memang Win Ayat Agong Bagi Dekat MP

Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.